PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Datuk Shah Rukh Khan : Syokkahwin.com

Datuk Shah Rukh Khan

Posted on December 3, 2008
Filed Under [G] Bollywood

Entry ini ditulis oleh Syazwan Zanini (Wenkt)

Pada 11 OKtober lepas, heboh pasal Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk. Ramai orang bantah. Dan akhirnya, Shah Rukh Khan bersetuju ke Melaka pada Sabtu ini, 6 November 2008 untuk menerima pingat tersebut.

Majlis ini akan disiarkan secara langsung di Saluran Hiburan ternama India, Zee TV.

Sekarang, bayangkan fakta berikut:

1/ Zee TV di bawah Zee Network boleh ditonton secara online di 120 negara dan ada lebih 500 juta penonton seluruh dunia. Dan Zee TV akan buat siaran langsung dari Melaka pada Sabtu ini.

2/ Pada tahun 2007, kita menerima sebanyak 20.97 juta pelancong ke Malaysia (termasuk yang telah menyalahgunakan VOA).

Sepanjang majlis nanti, Kerajaan Melaka pastinya akan mengiklankan Melaka di dalam Zee TV. Tak kisah la berapa kos untuk iklan, tapi kalau 1% dari 500 juta penonton tersebut “terhasut” dengan iklan tersebut, maka pelancong ke Malaysia (Melaka khususnya) akan meningkat sebanyak 5 juta orang. Kalau seorang pelancong berbelanja RM3000, maka kita telah menjana pendapatan sebanyak RM15 billion. Banyak kot.

Ianya adalah taktik yang mudah. Bayangkan, kita tidak pernah tahu di mana letaknya Brugge (ataupun Bruges). Kalau wan kata Brugge / Bruges ialah bandar besar yang terletak di pergunungan Alps, di Switzerland, mungkin ada yang percaya. Sehinggalah anda tengok filem “In Bruges“. Sebenarnya, Bruges ialah pekan yang sangat kecil di Belgium. Fakta ni betul, wan dah 5 kali ke Brugge.

Semasa diarahkan untuk ke Bruges, pelakon filem In Bruges pun tidak tahu di mana Bruges terletak:

Get the fuck out of London, youse dumb fucks. Get to Bruges.
I didn’t even know where Bruges fucking was. It’s in Belgium.

Bruges is a shithole.
Bruges is not a shithole.
Bruges is a shithole.
Could we reserve judgment on Bruges until we’ve seen the fucking place?
I know it’s gonna be a shithole.

Dan, bermula dari malam pertama, dan seterusnya, Bruges digambarkan sebagai tempat yang tenang, bebas dari pencemaran, tempat yang seronok untuk melancong dan sebagainya. Mereka akhirnya mengatakan bahawa Bruges is not a shithole. Begitu juga tanggapan orang terhadap Melaka. Melaka is a shithole? No, Melaka is not a shithole. itu yang kita nak ubah, tanggapan orang luar terhadap Melaka. tanggapan orang luar terhadap Malaysia. btw, shithole kat Melaka banyak kat Astakona, bawah2 menara taming sari.

Trust me, dulu rasa malas nak ke Melaka, tapi sekarng ni, kalau boleh tiap 2 hari nak ke sana. Best kot laksa nyonya dan cendol kat Jonker Walk tu.

ianya tempat melancong yang menarik. digambarkan dalam bentuk poskad.

19 Feb 2005. Bangunan masih sama seperti poskad di atas. (thanks to my blog, i boleh trace balik pengalaman lama, korang ingat apa korang buat pada 19 Feb 2005?). Baca entry tersebut.

Bila tengok filem ini, saya yakin 50% dari penonton akan menanam impian nak ke Bruges, walaupun ianya bandar kecik yang tidak ada apa - apa. Wan rasa, better pergi Melor, ada Ted Baker. Adakah anda rasa pemimpin Bruges tidak beri apa apa penghargaan kepada produksi In Bruges? Habis tu, kalau tetiba 50% yang tgk filem Shah Rukh Khan nak ke Melaka, takkan kita tak hargai jasa dia. Setakat bagi sekeping pingat pun kita nak jeles, habis tu nak hargai jasa dengan duit? Kalau kerajaan Melaka bagi duit RM1 juta kat Shah Rukh Khan sebagai upah promote Melaka, kita akan lagi bising kan?

Hakikatnya, VCD dan DVD lakonan Shah Rukh Khan dijual di merata dunia. Termasuk di Paris, France. Kalau tak percaya, boleh turun kat stesen La Chapelle (metro line no2), berhampiran Gare du Nord. Kat situ, penuh dengan kedai India, banyak yang jual DVD citer Bollywood. (aku jamin arep pergi La Chapelle nanti, melawat sedara katanya).

Kalau kat London, kat komuniti Harrow, 22% adalah Indian. Ramai je mat saleh pergi beli DVD Bollywood kat sana, then tgk filem Shah Rukh Khan kat Melaka, then nak ke Melaka. Simple kan?

Apa beza Athens (Greece) dengan Melaka? Bangunan sama buruk (bangunan lama yang disejarahkan), makanan sama sedap, penduduk sama comel (tetiba rindu kat ello), pemimpin sama bijak (saya setuju) dan lain - lain. Cuma bilangan pelancong ke Athens lebih banyak dari bilangan pelancong ke Melaka. Kenapa? Promosi yang kerajaan Athens buat adalah lebih meluas dan tidak dibantah. Tapi bila kita buat cadangan baru dan bijak, kita bantah. Kita akan lihat dalam masa 3 tahun, berapa banyak peningkatan pelancongan ke Melaka, kesan langsung dan tidak langsung dengan penganugerahan ini.

Kita kaji teknik lain pula. Menggunakan gambar - gambar lama Makanan di Greece

salad greek. Bahan: Timun batang, Zaitun hitam, Bawang besar, Tomato, lada bulat hijau, keju Feta, persil dan olive oil.. try laa.. sangat sedap

sotong goreng celup tepung.. sotong sangat besar…

udang goreng celup tepung, kemudian digrillkan..

sotong kurita.. 2 batang tangan.. not bad tapi liatttt

ikan kod.. (memancing dengan ayah, ku rasa bertuah, pulang sebelum hujan).. dan puri kentang + olive oil…

kos mencuba masakan greek ini ialah 91 euros (RM430).

tetiba rindu Athens.

Hakikatnya, bila anda melihat gambar di atas, anda akan teringin nak ke Greece. Nak merasai masakan tersebut. Selama ini anda fikir Greece hanya penuh dengan batu yang pecah, sebenarnya ianya penuh dengan nilai budaya. Ini adalah satu bentuk promosi.
Benda sama terjadi kat semua tempat. Bila wan letak pics kat Pak Li kopitiam di blog wan, ada yang teringin nak ke Pak Li kopitiam, termasuk Ajami Hashim! Then kalau tiba - tiba management Pak Li kasi awards kat wan, korang nak bising? Adakah anda telah membuat satu revolusi yang menyebabkan ramai ke Melaka, sekaligus anda layak mendapat pingat? Kita sepatutnya tidak melenting dan jeles, tapi kita sepatutnya berusaha untuk mencapai kedudukan yang sama.

jgn risau, makanan kat Melaka pun sedap - sedap gak. orang melaka sedap tak? wan dah try. Orang Melaka memang sedap dibuat kawan.

Cuba korang fikir: Adakah Datuk - Datuk lain yang kat Malaysia dapat bawak masuk pelancong ke Malaysia seperti Datuk SRK buat? (Ada datuk tersentap? Sorry Datuk… sembah ratu)

Dalam masa 2 tahun, bila kemasukkan melonjak ke Malaysia akibat tindakan ini, maka barulah kita tahu betapa bijaknya pemimpin Melaka.

Dah la, korang pergi la bantah penganugerahan tu. Wan tak kisah, wan fikir positif je, kalau tak sepuluh, dua puluh tahun lagi wan akan dapat gak anugerah tu (muahhaha. teteiba). berusaha je la kan, takkan nak berharap bulan jatuh ke riba. Improvekan diri.

Apapun, majlis hari Sabtu ini akan ditonton di 120 negara dan seramai 500 juta orang boleh tengok kalau mereka nak tgk.

Satu lagi, korang jangan la buat - buat terkejut kalau nampak wan dalam Zee TV nanti. Wan pernah temuramah menteri - menteri, pernah temuramah artis antarabangsa cam Melly Geoslow, sekarang nak melangkah setapak lagi: temuramah Shah Rukh Khan pulak..

kepada DAR, saya nak buat temuramah dengan Shah Rukh Khan boleh?

P/S: Masa temuramah Melly Goeslow dulu, Ello byk membantu sbb Ello tau cakap Indon. Untuk temuramah Shah Rukh Khan, wan perlukan Israq sebab Israq cakap Hindustan (waloupun kulit putih melepak). Tapi Israq kat Sabah skrg, saper nak teman wan sabtu ni?? *****larekkkkk, Ello dan Israq kejarrrr

Entry ini ditulis oleh Syazwan Zanini (Wenkt)

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

38 Responses to “Datuk Shah Rukh Khan”

  1. mantoba on December 3rd, 2008 6:17 am

    negara INDIA tak dak pong sebuk nak beri gelaran DATUK pada mana2 artis malaysia…..dalam arena filem memang tak nafikan..shah ni raja filem..tapi abg man dgn ikhlas …..tak respect sama shah ni….dia kahwen dgn isteri nya yg beragama hindu…..kawen lah kan…….mcm jamal mirdad dan lydia kandou……seperti nya mempermainkan hukum2…ISLAM……dalam filem…dia bole sembahyang kat gereja…….kuil..masuk kuar masjid…..ikut cara orang lain sembahyang..lebeh2 lagi di kuil..walau setakat hanya ACT dalam filem..itu rasa nya kurang baek..maaf lah…..abg man cakap direct..ta mo berkias2……tapi kalau da nak di bagi title DATUK..silakan..no hal..apa lah ada pada pangkat DATUK…mati besuk…..malaikat hanya tanya nama kita……

  2. mantoba on December 3rd, 2008 6:42 am

    tenguk menu makanan di atas tuh…rasa nyer tak membuka selera abg man..maaf yer……mcm kembabg tekak kejap….nenguk daging ker..sausage bebelit2….rasa nya kalau di hidangkan lauk rendang tok ….daging masak black pepper….udang galah masak tauchu……..ikan siakap masak masam manis..sayur terung goreng sambal…..tempe goreng dgn tepong jagung…….ikan bilis ..su.un..lada hijau….bawang..di campur semua goreng garing2….makkkkk…lagi sedappp uuuuuuuuuuuuu………………..:)))))

  3. labuchee87 on December 3rd, 2008 9:14 am

    hanya titlee…. :)

  4. rinoa on December 3rd, 2008 9:39 am

    kat sane ti pki ke name datuk tu??

    chee dpt email tak??

  5. labuchee87 on December 3rd, 2008 9:55 am

    ntahla rinoa…pakai camnee..kat sane ade datuk gak ker?
    dapatt..manyak nyer….laki mengandung tu lagik xleh blah..betui ke nyah?

  6. ct markonah on December 3rd, 2008 10:09 am

    MANTOBA..kau ni chef ke..or waiter segala jenis menu yg sedap2 kau uar2kan disini….(semuonya akak gemar tu…).
    talking about “datuk” shah rukh khan ni….bolllllllllleeeeh lah!!!.ada positifnye…..akak tujukan khas pantun ni pada datuk shah rukh khan…

    anak datuk…cucu datuk
    datin-datin ….datuk-datuk2
    shah rukh khan dpt datuk….
    bini nyer datin la kan….(lupa lak nama bini nyer…)

  7. lissa_arina on December 3rd, 2008 10:23 am

    Abg Man ni, Rina dah la lum breakfast..lapar ni.. tapi x blh mkn.. muntah pulak.. skrg dgr Abg Man ckp menu tu.. terliur pulak…Mana nak dpt tu…

  8. lissa_arina on December 3rd, 2008 10:53 am

    Gauri.. Datin Gauri.. (bini SRK)

  9. labuchee87 on December 3rd, 2008 11:33 am

    ase janggal..datin gauri..perghhh :)

  10. mumbaimari on December 3rd, 2008 1:57 pm

    testing

  11. Tembak Mulut Orang on December 3rd, 2008 2:18 pm

    si Mantoba nie pak imam mana lar orang cakap…title datuk..dia sebut pasal..mati..apasal..ko mati..dengan SRK ker
    sibuk2 nak kata..ajal..maut biarlah..ko ingat..ko bagi komen..baru tue kerajaan nak bagi ko pangkat…datuk..pikirlah…setahu aku..ko sendri..x pedoman nak komen orang..bagus..ko pi bertasbih daripada..ko buka komputer..ko dan bagi komen yang ntah aper2..lak…kalau dah pandai dari mufti tue pi india..lecture kat SRK..jgn jadi anak mami..pondan plak..hampeh..

  12. suhana on December 3rd, 2008 2:30 pm

    aik lain mcham ja…

  13. lissa_arina on December 3rd, 2008 4:22 pm

    panas pulak ptg2 ni… jgnlah mcm ni.. x besh la..

  14. lina on December 3rd, 2008 4:44 pm

    Dato Shah rukh khan….ha ha ha ha..tak sesuai la..

  15. labuchee87 on December 3rd, 2008 4:50 pm

    alohaaa…x elokk ar camtuh….abg man cume bg nasehat dan pendapatt laaaaa….

  16. rinoa on December 3rd, 2008 4:52 pm

    tembak mulut org ko slah tembak la… itu kan pendapat org!!! dah tu ko nak tuduh2 org pondan la ape la… x kuase aku org cam ko la!!!

  17. suhana on December 3rd, 2008 5:14 pm

    kan msing2 ada pendapat jadi tak pyah la nak gaduh2 k…kita nak seronok2 ja…

  18. wenkt on December 3rd, 2008 6:23 pm

    ishhhh
    jgn gaduh semua
    saya rasa bersalah lka
    ngee

  19. iman on December 3rd, 2008 6:44 pm

    Tak payah nak gaduh2. Masing-masing berhak memberi pendapat. Man sedap la menu Man tu. bila Man sebut rendang tok tertelan air liur. Raya dah dekat ni. Teringat ketupat palas! Lama tak makan.

  20. Cipanz on December 3rd, 2008 6:59 pm

    stakat datuk…..
    nanti dh ade cucu…..semua org leh jd DATUK..

    pompuan x leh la….nenek bolh..
    hehehe

  21. mantoba on December 3rd, 2008 7:58 pm

    tak kecik hati kalau owang nak kata aper kat abg man…:))..hikhikhikhik,,,,,kan makin panasss….makin hangatttt………..:))))……….makin best………TEMBAKK lagi!!!!…yeeee…….

  22. Sazreena on December 3rd, 2008 8:01 pm

    Belum tentu dia pakai gelaran tu..

  23. jonny on December 3rd, 2008 8:36 pm

    Watch your favorit indian and pakistani channels at http://www.peepat.com. Watch starplus, Zee TV, Peace TV, Zoom and many other all online.

  24. mantoba on December 3rd, 2008 8:53 pm

    title tuh kat malaysia ok lahh..tak kan kat kampong dia..orang nak panggil dia DATUK SHAH plak………rasa nya ramai artis malaysia yg berkaliber yg bole di beri anugerah pangkat DATUK…contoh nya….rosyam nor……tol tak kawan2…

  25. Sazreena on December 3rd, 2008 10:25 pm

    Betollllllll….(aku ye kan jer pasal nanti kang man merajuk..)

  26. mantoba on December 4th, 2008 12:10 am

    alaaa..kalo ko tak sokong aku..tak kisa la saz…….aku sodar la sapa aku..tak setaraf dgn ko..ko kan..dot..dot..dot..aku ni….sapa la kan…….jadi nya ko tak ikhlas lah ….sokong kepuraan………..:))))

  27. Sazreena on December 4th, 2008 10:59 am

    Alhamdulillah ko sedar sape diri ko man..punyalah lama nak tunggu ko sedar diri..aku ikhlas lah..tapi jauh..ahak ahak..

  28. mantoba on December 4th, 2008 9:08 pm

    aku memang lama da sadar diri aku..cuma masa tak mengizinkan untuk aku bilang orang…yg aku ni da lama sadar diri:))..bukan mcm kau……..sedar diri selalu tapi buta hati…….nampak selalu kelemahan orang…..diri sendiri tak perasan…lahaii saz…..hikhikhikhikhik……

  29. Sazreena on December 4th, 2008 9:40 pm

    Alahai man..mengata dulang paku serepih..mengata orang kau yg lebih..harharhar..

  30. mantoba on December 4th, 2008 10:49 pm

    aku kata orang depan depan…..tak dak kias kias…….tak mcm orang tuh………:)……selalu nampak kesilapan dn kelemahan orang..diri sendiri…hai………

  31. mantoba on December 5th, 2008 7:24 am

    selamat pagi ct markonah…..labuchee..Hamba Allah…LuvvErra…..muga anda semua ceria di pagi ini….tak lupa pada suhana………jaga diri…….makan elok2..jaga kesehatan…..dan jaga segala nya..insyaallah..SELAMAT hidup anda………..bye….

  32. labuchee87 on December 5th, 2008 9:12 am

    samat pagi abg man..samat pagik semuaaaa….
    nakmo bercekah lebey2..arini ari jumaat..jum kite maaf2 an….hihkhihkh

  33. mantoba on December 6th, 2008 7:09 am

    selamat pagi semua………selamat lah segala nya……..pada yg mau balek kampung..abg man nasehtkan pandu lah kereta …..hati2……..jgn bawak laju2 ya..kasehani lah nyawa2 yg dalam kerta tuh..pada mat2 moto…….bukan masa nya nak tunjuk gaya di jalan raya..kalau tak sayang nyawa..sayangi lah orang2 yg di tinggalkan di rumah..pada mak cik2..yg mungkin nak ke pasar beli barang2 dapor….hati2 lah dgn penyeluk saku……..

    SELAMAT HARI RAYA AILDILADHA>>>MAAF DZAHIR BATIN………..

  34. aTan aHmad on December 6th, 2008 10:22 am

    Ape la yg kecoh pasal dato SRK nie.. Pirahhhh!!!

  35. mantoba on December 6th, 2008 12:08 pm

    ta dak kechoh tan………..borak2 jer……”:)))))

  36. bang jm on December 8th, 2008 5:55 pm

    pelakon veteran sudin dah bagi pangkat ke?

  37. mantoba on December 8th, 2008 7:37 pm

    sapa lerrr yg nak bagi pangkat kat pak cik sudin…..kalau ader laa.memang murah hati betul….pak dik sudin…pak cik aziz sattar…..yg meriahkan perfileman MELAYU……..yg menaikkan martabat filem melayu…..di antara ribuan pelakon2 lelaki yg ada skrng ni……tapi shsh rukh khan yg dpt title DATUK:)………POLITIK jugak………:))))

  38. lissa_arina on December 9th, 2008 12:42 pm

    Abg Sudin..dua posen!!.. Haah ek..
    Uncle Sudin tu dah tua bebenor.. x de pun bagi anugerah kat dia.. dia seangkatan dgn Pak Ajis Sattar .. tapi Pak Ajis dah dpt 3 thn da ..Nape Pak SUdin x dpt2..

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!