Entry ini ditulis oleh wenkt

Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat
–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri
Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri
Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi Lek
Timbalan Presiden MCA
(Bekas Menteri Kesihatan)
Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy Jamaludin
Naib Ketua Pemuda UMNO
Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby

99.9 peratus kepentingan IJN dimiliki oleh Kementerian Kewangan. 0.01 peratus lagi dimiliki oleh you-know-who (baca: i dont know who). Dan sekarang, Sime Darby ingin mengambil alih IJN. Sime Darby mahu beli 51% kepentingan.
btw, IJN = Institut Jantung Negara. Basically, hospital yang specialist pasal jantung, terletak di Jalan Tun Razak, susah tul nak parking.
Sime Darby, bila dah ada 51% kepentingan, maka segala keputusan adalah veto walaupun melalui rundingan dengan Kementerian Kewangan selaku pemegang saham kedua terbesar.
Cadangan pembinaan IJN adalah idea YAB Tun Dr Mahathir, mantan perdana menteri Malaysia. Tujuannya ialah untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu ke hospital swasta. Dan 90% pesakit IJN ialah dari golongan kurang mampu. Maksudnya, bil disubsidikan oleh kerajaan.

Dan sekarang, Sime Darby mahu jadikan IJN sebagai penjana pendapatan. Tidak logik jika Sime Darby beli sekarang nk letak nama. Tiada pelabur yang melabur macam itu. Itu bukan business namanya.
Ramai doktor IJN berpindah ke hospital swasta kerana pendapatan di IJN adalah lebih rendah. Bila Sime Darby amik alih, maka doktor akan dapat gaji yang lebih lumayan.
Tidak banyak komen atau pandangan negetif terhadap IJN selama ini. Semuanya gembira dengan IJN. Malah, Dr Mahathir sendiri pernah berehat di IJN buat beberapa bulan, setahun yang lalu.

Apa yang Kementerian Kewangan hendak sebenarnya? Benda yang berjalan lancar, tiada gangguan, tetiba hendak dijual. Kalau ianya bukan untuk kepentingan kewangan, saya cadangkan Khazanah dan Sime Darby amik alih Hospital Tanjung Rambutan dan juga Hospital Bahagia Tampoi.
Persoalan kepada KEmenterian KEwangan: “Korang so desperate for funds ke?”
Entry ini ditulis oleh wenkt












at 8:48 am
penyakit nak di jadikan bisness ke ape?
at 9:17 am
habis le orang-orang yang susah…
kalau kena sakit jantung tak dapat le nak tolong lagi….
kalau nak rawatan jugak mau kena bayar puluh-puluh ribu….
banyak le orang malaysia yang akan mati…
bukan sebab tak boleh dirawat… dan tak ada rawatan…
tapi tak mampu nak bayar rawatan..
matlamat IJN yang diasaskan oleh Tun Mahathir dah tersasar nampaknya..
semuanya berkepentingan diri… untuk meendapatkan keuntungan…
al-kisahnye…..
at 9:46 am
udah2 la bebankan rakyat.. kat Msia ni bukn sumer org berduit dan ada insurans hayat..
at 10:13 am
kesian… skrg bykla ape yg tun mahathir wat utk bntu rkyt miskin di slh gunakan.. menteri2 skrg ni mata duitan jela… huhh!!
at 10:54 am
betul tu rinoa. Mesti sedih je Mahathir tgk banyak usaha dia di sia-siakn oleh menteri skang. Wawasan 2020 dia pun tak tercapai…..
at 11:25 am
Bertambah sakit jantung le jawabnyer..mana nak pk penyakit lagi.. dengan bil yg dah tentunya tinggi..kapitalis betul lah..ACAB!
at 11:35 am
kepimpinan kerajaan skrg dah x segah dulu..thats y byk supporter lari kpd pmbangkang .. it was just a silence protest to the Gvnment..dh mcm2 benda jadi nowadays smpi Tun geleng kpala.. pun msh nk tjk pndai jugak..
Ntahlah.. jgn terkejut andai Msia tergadai suatu hari nti..
at 11:37 am
mati terbeliak jek la…
at 11:56 am
ngee
mati
at 12:01 pm
Mati akal memikirkan mana nak cekau duit wat bayar bil..
at 12:12 pm
yela.. skrg ni pon belanjawan negara lebih terarah kat govm staff jek!! tu x kesahla.. tp xde balancing pun tuk org2 awam lain.. nmpk sgt beza nye ape yg tun dgn menteri skrg ni bentangkan..
at 12:12 pm
tak dan mati akal pun, mati terus aje…heart attack semula bila tenguk bil…
at 12:51 pm
So mana yg tak berduit tu..tipis sketlah harapan nak sembuh.. melainkan ada peruntukan..bila doktor kata..”Setelah meneliti hasil laporan ujian yang dijalankan, pihak kami mendapati kami encik/puan/ tuan/anak puan/anak tuan disahkan menghidap penyakit jantung”. Oh ya Allah! Terus pegang dada pasal leh nampak bala yg tiba. Siap tergolek ke lantai lagi (ini hanyalah imaginasi aku semata2.) Kalau org kaya ada apa hal..siap leh tanya lagi..when can we do the operation, doctor?..Gitu jer kan…
at 1:01 pm
ntah2 redha jek… nak pi ijn pon kaki dah menggigil dulu.. pape pun dorg ni x baik arr kalo nak amek kesempatan kat org yg tak mampu.. dorg ni tak nmpk ke musibah yg Allah turunkan kat umah2 banglo yg byk dihuni org2 kaya ni… huhhh!!! tetiba jek Tuhan sihatkn 90% org yg tak mampu tu.. pastu kasi kat org2 yg berharta plak saket!! huhu.. baru tau langit tinggi rendah!!
at 3:04 pm
semua ni keja najib nak melingkupkan dan menyusahkan rakyat.alamat jadi thailand ler..kalu najb naik.ijn pun nak swasta.paklah mcm tunggul tengok aja
at 4:37 pm
Lepas ni nampaknya IJN untuk orang kaya2 je la. Angkat aje bangunan IJN tu pindah kat kawasan perumahan orang kaya2. Atas bukit ke. Sian usaha Dr. Mahathir mesti dia sedih.
at 5:39 pm
IJN x layak la utk org biasa.. tu jer kesimpulannye..
How sad!!
at 7:13 pm
life is not a business…enough is enough…rakyat bekerja berhempas pulas dan membayar cukai pendapatan dengan harapan akan dapat perkhidmatan yang terbaik dari pihak kerajaan…tetapi kalau begini caranya, orang yang susah bertambah susah, orang yang kaya bertambah kaya…tak cukup ke dengan hospital-hospital swasta yang ada di Malaysia tu untuk orang-orang yang kaya?
Dan juga dah tak ada cara lain ke kerajaan nak buat duit sampaikan hospital IJN tu nak dipertaruhkan.
at 8:59 pm
kalau macam tue..dapat tau je ada sakit jantung…boleh terus pengsan sampai mati…takpun g berperang dgn Yahudi…trus mati syahid..xyah g berubat jantung…
at 9:06 pm
IJN..Institut Jutawan Negara..hehehe..org miskin mana mampu..stakat mampu tengok jer lah..
at 12:26 am
Saz…pandai u..hi…hi..
at 3:17 am
nak tergelak saya bila ceo sime darby cakap pengambil alihan sime darby adalah satu perkongsian….i.e. yang untung sime darby ambik (yang kaya), yang rugi kerajaan tanggung (miskin) ialah takkan sime darby nak rugi..yang akan untung sime darby..kerajaan yang akan rugi sebab akan tanggung semua subsidi perubatan orang miskin dan silap2 kena janji kasi percentage untung pulak pada sime darby sebab menjalankan dan mengendalikan operasi perubatan..
keuntungan daripada orang kaya yang merawat disitu patut digunakan untuk membiaya orang miskin…kerajaan malaysia akan semakin menjadi tak popular dan dibenci rakyat jika ikut kata sime darby..
JAMINAN? .siapa nak menguatkuasakannya pula nanti..susah nak kawal sebuah korporat!!! silap2 bila simedarby rugi nanti, banyak komplen dari rakyat, kerajaan kena beli saham IJN balik pada kadar premium dengan wang rakyat..tak membazir tu…??
IJN boleh dijalankan seperti swasta dengan pentadbiran teknokrat..bukan penswastaan saham…dapatkan corporate sponsors utk tanggung kos…not through change of ownership..taraf dunia pun boleh capai sekarang..
jika diteruskan, segala kontrak dan perjanjian dengan sime darby selepas ambil alih harus didedahkan kepada rakyat dan dibahaskan..!!
at 3:20 am
satu persatu isu yang menunjukkan kelemahan kerajaan..they are just digging their own grave without knowing it until other smart people point out about their mistake..just like eurocopter issue.
at 3:25 am
i won’t be surprised that people on the street will spit on ahmad mursid whenever they see him…from now on..
at 1:27 pm
Iman: Tima kaseh..hehe..
at 6:29 pm
Sama-sama Saz. dan sama2 la kita jaga jantung kita agar sihat. Kata teman2 saya panjat tangga hari2 senaman yang baik untuk jantung selain menjaga pemakanan kita. Sebab saya d sini selalu mengeluh setiap hari kena panjat tangga.
at 3:01 pm
Huish..nauzubillah..bahaya tu iman..bila kita naik tangga pun dah mengah..baik jumpa doktor cepat..jangan dilengah..Jaga kesihatan.. jantung sihat, badan kuat (cam slogan rtm lah pulak..)
at 3:38 pm
Yang kaya makin kaya, yang miskin makin papa. Silap2 ari bln, Malaysia jadi macam India, mayat org miskin tergolek kat tepi jln macam tu jer sebab tak mampu nak sediakan yuran rawatan..kesian…kesian…
at 6:49 pm
Sedihnya..
at 12:11 pm
HA tak setuju IJN diswastakan. objektif Dr. M terhadap IJN tu dah cukup murni utk rakyat. buat pihak kerajaan skrg jangan tau lulus aje semua agenda – fikir dulu pro n kontra, sekali sekala tolong dengar kehendak rakyat.
at 12:18 pm
Bukan sekali sekala HA..patutnya selalu..pasal kebajikan rakyat perlu diutamakan..bukannya kebajikan korporat atau VIP2 yg rakus menekan rakyat secara halus.
at 1:01 pm
saz : io lah saz……
at 12:03 am
kerajaan ni memang dah melampau, bila mengundi cari rakyat, konon bela rakyat…tapi tang nak menjahanamkan rakyat bagi lah kat kerajaan sekarang, diaorang peduli apa, janji jantung diaorang esok-esok kalau sakit mampu gi IJN…bila fikir balik, orang-orang kenamaan ni pun kalau masuk IJN tu pun duit rakyat…kalau macam ni lah rupanya, kan lebih baik kerajaan mansuhkan aje cukai pendapatan dan bermacam-macam cukai…nak buat apa duit rakyat, tampung hidup diaorang, kita ni terkial-kial mencari rezeki…hampeh.
at 11:38 am
haha.. khazanah yang nak jual ni.. khazanah ni khairy, biasa la nak duit punya pasal.. komisyen jual kat sime pun dapat banyak.. tengok la berapa harga jualan dia..