Minta maaf sekiranya sejak kebelakangan ini saya banyak menulis mengenai “internet marketing”. Tujuan saya hanyalah satu, untuk membantu anda semua cara yang sebetulnya untuk menambah pendapatan yang lebih bagi menampung keluarga pada waktu yang meleset ini. Internet marketing adalah salah satu jalan yang amat mudah untuk diusahakan, lebih-lebih lagi sekiranya anda tidak mempunyai modal. Ini kerana dengan berbekalkan sambungan internet yang anda sudah ada dan juga blog percuma seperti blogspot pun ada sudah boleh mula menjana wang di internet. Ini sebagai permulaannya. Mungkin blog ini anda boleh gunakan sebagai “trial and error”. Untuk pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan internet anda walaubagaimana pun perlu mengeluarkan sedikit wang untuk web domain dan hosting account.

Bagi memudahkan perjalanan anda sebagai usahawan internet atau “internet marketer”  atau IM ini, perkara yang paling utama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengkaji pasaran internet terlebih dahulu. Sekiranya apa yang anda minat lakukan selari dengan kehendak pasaran, maka anda amat bernasib baik, kerana ini akan lebih memudahkan kerja anda. Ingat passion adalah penting dalam sesuatu usaha. Minat anda akan mudah diubah daripada idea kepada produk atau perkhidmatan untuk dijual di internet. Seperti contoh minat melukis kartun dan amat kurang penjualan kartun lakaran dijual secara online sama ada di Indonesia atau Malaysia ini. Maka jika ini niche anda, maka anda tentunya akan berjaya menjana banyak wang!

Selepas tahu hala tuju dan konsep perniagaan yang akan anda jalankan diinternet, maka barulah anda sediakan laman web untuk menjual produk atau servis tersebut. Saya akan menerangkan langkah-langkah seterusnya dalam masa yang lain. Tetapi sekiranya anda sudah tidak sabar untuk mengetahuinya dan terus menjana wang melalui internet, anda boleh mendapatkan beberapa buah ebook hasil tulisan rakan saya yang berbakat, Ammar Zahar. Di dalam buku-buku yang amat padat dengan ilmu internet marketing ini, anda boleh belajar dari mula bagaimana anda boleh berjaya seperti saya di dalam bidang internet marketing. Anda boleh dapatkannya di sini. All the best dan Selamat Tahun Baru.. Semoga tahun baru menjanjikan pendapatan yang melimpah ruah! Insya Allah!

iStockAchievementB

Seronoknya jika sudah berjaya!!!