PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


2009 – Tahun Begitu Bermakna Buat Fifi : Syokkahwin.com

2009 – Tahun Begitu Bermakna Buat Fifi

Posted on January 9, 2009
Filed Under [G] Malaywood

Fifi Noor Hafiza Saharuddin atau lebih dikenali sebagai Fifi merasakan tahun 2009 adalah tahun yang memberikan seribu erti bagi dirinya selepas mendirikan rumahtangga bersama Feriz Omar tokoh korporat, yang juga seorang pakar ekonomi dan politik Malaysia pada 8 Ogos 2008 yang lalu.

fifi-norhafiza

Menunggu Kelahiran Jun 2009

Fifi yang kini mengandung empat bulan menantikan kelahiran putera sulungnya pada bulan Jun 2009 nanti sedang dihujani dengan tawaran pengiklanan sebagai model keibuan untuk beberapa jenama terkenal.

Fifi yang bakal bergelar ibu mengharapkan kelahiran putera sulungnya nanti akan membawa sinar keberkatan kepada keluarganya. Dia juga berkata, “Saya sememangnya amat menyukai kanak-kanak dan saya berasa tidak sabar menantikan kelahiran putera sulung kami, Jun nanti, insyaAllah.”

Pengacara terkenal yang dinobatkan sebagai Ratu Olay 2004 dan kemudiannya menyinar dari program ‘Bersama Mu TV3’ itu juga ditawarkan untuk menyambung kontrak sebagai pengacara utama program ‘Fitrah Kasih’ untuk musim berikutnya di TV1.  Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi perwatakan beliau sebagai seorang personaliti yang lemah lembut, baik hati serta perihatin terhadap kehidupan masyarakat.

“Fifi bersyukur pihak RTM merasakan peranan Fifi masih diperlukan dalam perjuangan membasmi pelbagai masalah sosial rakyat Malaysia.  Dalam musim yang baru ini juga, Fifi akan memberikan kelainan dan sentuhan unik sebagai pengacara dalam program tersebut,” katanya.

‘Fitrah Kasih’ adalah merupakan sebuah program yang menyentuh tentang soal kehidupan masyarakat yang terlibat dalam proses menjejaki kasih yang telah hilang serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dipelopori oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam usaha mereka menangani 1001 masalah sosial rakyat Malaysia.

Mulanya Detik Kegemilangan Fifi

Melalui strategi korporat suaminya juga, Fifi kini adalah Ketua Pegawai Operasi Chenderong Karya, sebuah entiti produksi karya dan pengurusan bakat di bawah naungan Perkumpulan Chenderong Bersekutu, yang bakal mewarnai industri hiburan dan informasi Malaysia dan negara-negara serantau.

“Fifi berasa kagum dengan suami Fifi yang mempunyai pendedahan korporat yang luas dan pengalaman serta perhubungan dalam pelbagai industri serantau sehingga dapat mencetuskan idea yang membuat Fifi ingin terlibat secara langsung dalam operasi Chenderong Karya.”

Antara lain yang Fifi tidak sabar untuk berkongsi dengan peminat muzik tempatan adalah keluaran album sulung Chenderong Karya bertajuk ‘The E.Z Project’ yang mengetengahkan bakat baru E.Z dengan sentuhan genius muzik Ajai Wake The Baby.

ez-project-rain

‘The E.Z Project’

E.Z yang mempunyai suara unik adalah merupakan johan pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat negeri dan kebangsaan.  Berbekalkan bakat luar biasa dan lagu-lagu gemersik sentuhan Ajai, Fifi berharap lagu-lagu E.Z pasti menghambat hati peminat dan sekaligus menjadi siulan anak-anak muda mulai hujung Januari 2009.

ez-project-singer

Lagu single dari album ‘The E.Z Project’ di bawah naungan Chenderong Karya bakal menemui peminat hujung Januari 2009

Fifi juga dalam ‘The E.Z Project’ memainkan peranan sebagai model utama dalam video-video klip E.Z bertajuk ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ dan ‘Engkau Di Sisi’ yang merupakan lagu tema ‘Qasidah Buat Laila’, sebuah telemovie arahan Erma Fatima di mana Fifi memegang watak sebagai Laila dengan rakaman filem di Mekah dan Madinah.

fifi

Fifi dan Hesti Purwadinata yang merupakan seorang aktres, model dan pengacara yang semakin menyinar di Indonesia

fifi-jurusolek-christian-dior

Fifi dan jurusolek professional dari Christian Dior Indonesia

Fifi merasakan bahawa rakaman video ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ yang dirakamkan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini adalah suatu pengalaman segar bagi beliau kerana ia memberi kesedaran beliau terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai harapan tipis untuk terus hidup.

video-klip-tak-bisalupakan

video-klip

Adegan-adegan dalam video klip ‘Tak Bisa Ku Lupakan’ lagu ciptaan Ajai dan
video arahan Hedy Suryawan, produser video klip ternama Indonesia.

“Dalam rakaman video tersebut, Fifi berpeluang berlakon bersama Hesti Purwadinata yang merupakan seorang aktres, model dan pengacara Indonesia yang semakin menyinar. Hesti pernah berlakon bersama Krisdayanti dalam filem ‘Jatuh Cinta Lagi’ dan beberapa video klip artis-artis ternama Indonesia”.

Semasa rakaman di Indonesia, Fifi juga melihatkan betapa beruntungnya dia menjadi rakyat Malaysia yang hidup tanpa kedaifan dan sentiasa dikelilingi dengan pelbagai kemudahan.

Fifi berharap, para peminatnya terus menyokong perjuangan beliau sebagai pengacara program ‘Fitrah Kasih’ yang bersiaran pada setiap Khamis di antara jam 3.00 hingga 4.00 petang bermula pada 8 Januari 2009 di TV1 dan juga semua program serta projek yang didukungi beliau dalam tahun 2009.

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

9 Responses to “2009 – Tahun Begitu Bermakna Buat Fifi”

  1. labuchee87 on January 9th, 2009 9:37 am

    tahniah kak fifi….

  2. gina on January 9th, 2009 2:35 pm

    WoW ! At least ada jugak penyanyi lelaki Malaysia baru.

    Ini kot yang dinanti-nantikan selama ini. Asyik-asyik anuar zain, faizal tahir … nak muntah che !!!

    Anyway congrats, Fifi !!!

    Sekarang ini pun i tengah tengok u kat Astro Oasis 106 …

  3. kak la on January 9th, 2009 3:27 pm

    Sebenornya, kak la suka cara fifi dressing dari dulu lagi. paling tak pun dia pakai tudung.

    Yang kita ni dah lah kaki kutuk tapi tak sedar2 lagi.

    tapi macamana pulak Fifi ni dah involve dalam musik. Pelik ler.

    kira-kira fifi bersalin bulan jun ler ya ? Gemini baby lah tu … syabas!

  4. lissa_arina on January 9th, 2009 4:03 pm

    hehehe …

  5. labuchee87 on January 9th, 2009 5:12 pm

    kak la..touching betul ayat….

  6. rinoa on January 9th, 2009 5:36 pm

    tu la.. bile nak bertudung tp masih nak berfesyen..

  7. Sazreena on January 9th, 2009 6:00 pm

    Nat wat cemana..cepat sgt melatah..

  8. kak la on January 9th, 2009 7:13 pm

    eleh kita pun sama, bila ada peluang . . .

    tak payah ler nak berselindung, hihihi

  9. Sazreena on January 9th, 2009 8:01 pm

    Lihatlah dunia..hahaha..

  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!