entry oleh Syazwan Zanini from http://www.wenkt.com/blog

Terkejut bila ramai yang membantah KLIA-EAST di Labu, Negeri Sembilan.

OK.

KLIA dimiliki oleh Malaysia Airport Berhad. KLIA-LCCT juga di bawah Malaysia Airport Berhad. MAS dan ratusan carrier lain menggunakan KLIA. Boleh dikatakan hanya AirAsia dan AirAsiaX menggunakan LCCT. CUkai lapangan terbang kepada setiap orang dewasa dan kanak – kanak di kedua – dua lapangan terbang ini adalah hampir sama.

Hakikatnya, kemudahan di KLIA dan KLIA-LCCT adalah ibarat Langit dan Bumi.

Kemudian AirAsia bercadang mewujudkan KLIA-EAST. Namun mendapat bantahan. Ramai yang mengatakan bahawa ianya tidak selamat, kerana terlalu dekat dengan dua lapangan terbang lain, dan ada yang mengatakan ianya terlalu jauh dari Kuala Lumpur.

Mungkin kerana ianya terletak di NEgeri Sembilan. Faktanya, KL Sentral ke KLIA ialah 28minit dengan ERL, KL Sentral ke KLIA-EAST akan mengambil masa 32minit (tambahan 4minit untuk 7km). Jika dari Kuala Lumpur melalui PLUS, KLIA terletak 78km tetapi KLIA-EAST hanya 49km. Ianya exit melalui Nilai, dan bukannya ibarat berpatah balik (You know, dari Kuala Lumpur, masuk Selangor, then masuk Negeri Sembilan, Then masuk Selangor balik).

Terlalu dekat?

London mempunyai 5 lapangan terbang: London HEathrow, Gatwick, City, Luton dan Stansted (supprisingly, i pernah try kesemuanya!). New York juga begitu.

Minimum jarak yang DCA tetapkan antara 2 lapangan terbang hanya 2km, sedangkan jarak KLIA ke KLIA-EAST ialah 7km. Dallas Fort Worth International dan Dallas Love Field hanya 5.4km berbeza jaraknya. Dallas ialah lapangan terbang ketujuh paling sibuk di dunia.

ini bukan lokasi tepat, cuma sekadar lokasi ramalan sebelum projek diumumkan.
Kenapa perlu KLIA-EAST?

Sebab AirAsia berkembang. KLIA-LCCT hanya boleh menampung 15juta pengguna setahun. Tahun 2008 mencatatkan 11juta pengguna. Tahun 2009 bakal menjadi 12.3juta dan 2010 bakal mencatatkan 15.7juta. Overlimit.

Sekarang, terdapat 33 parking untuk A320 dan 3 parking untuk A330. Sekarang, AirAsia mempunyai 35 pesawat A320 dan 9 pesawat A330. Dan KLIA-LCCT dimiliki oleh Malaysia Airport Berhad. Maksudnya, menumpang dan perlu membayar sewa.

Akhirnya, pelancong dan pengguna yang membayar cukai lapangan terbang yang tinggi.

AirAsia dan AirAsiaX. AK dan D7. Mereka berkembang. Mereka membeli 2 pesawat baru setiap bulan. Pada 2014, akan ada 50 A320 dan 27 A330.

Kenapa KLIA-EAST dibantah?

Kerana KLIA-EAST dimiliki oleh Sime Darby dan AirAsia dan bukannya Malaysia Airport Berhad. Sime Darby ialah GLC, AirAsia pulak Private Company. Both are public-listed companies, kita boleh lihat kesemuanya: open books and above-board dealings. Bukannya milik kroni.

Kenapa tak guna KLIA je?

KLIA direka untuk menampung 125juta penggunjung setahun. Tetapi hanya 25juta menggunakannya setahun. So, kenapa AirAsia tak guna KLIA je? Sebab KLIA direka untuk kapal terbang normal, bukan tambang rendah. KLIA hanya ada 55 gates, tak mampu nak tampung kesemuanya. AK dan D7 sahaja memerlukan sekurangnya 60 gates untuk mereka berdua.

Apa akan terjadi pada KLIA-LCCT Sepang?

AirAsia sewa je tempat tu. BIla KLIA-EAST siap, AK dan D7 blah, so up to MAlaysia Airport BErhad lah nak buat apa pun kat KLIA-LCCT tu. LAgipun LCCT dibina sebagai bentuk kilang simpanan stok untuk kargo. Dato’ Bashir Ahmad kene fikir sesuatu. (oh dem, i know BAshir Ahmad personally, pernah berborak dan amik gambar sesama kot).

KEnapa Sime Darby?

LAdang kelapa sawit tempat nak buat ialah milik Sime Darby. Sime Darby pun ada construction sendiri. So, guna je la. Jimat kos, jimat belanja, jimat semuanya: pengguna (aka kita) yang untung.

Apa yang kita dapat?

Kos operasi dan kos pengurusan akan dikawal sepenuhnya oleh AirAsia. MAksudnya, kawasan sendiri, tak perlu bayar parking untuk kapal terbang, dan jika mereka rasa tak nak untung banyak, boleh charge rendah untuk cukai lapangan terbang. KOs yang rendah, dibahagikan kepada pengguna, semakin rendah. semakin murah.

Ianya ibarat Proton dan Perodua. MAsa PErodua nak dibina, ramai yang bantah. Sekarang ini, kita ada pilihan, nak guna Proton atau Perodua. Akhirnya, yang beli Savvy rasa menyesal, kereta semakin berbunyi. Yang beli Myvi sentiasa tersenyum.

Kesimpulannya: the winner will be the traveller. US.

entry oleh Syazwan Zanini from http://www.wenkt.com/blog

Blog Widget by LinkWithin