Entry ini ditulis oleh Syazwan Zanini dari http://www.wenkt.com/blog
Semua orang boleh menjangka tajuk utama berita di surat khabar semalam.
Jika BN menang dalam Pilihanraya kerusi Parlimen Kuala Terengganu dua hari lepas, maka tajuk akhbar semalam akan menjadi: “BN Menang di Kuala Terengganu” dan ulasan terbaik ialah: “Ini membuktikan bahawa rakyat masih percayakan kepada kepimpinan BN”.
Hakikatnya, BN tidak menang, dan keputusan tersebut hampir ingin diketepikan di dalam akhbar. Mujurlah konflik di Palestin boleh dijadikan tajuk berita utama, di samping berita mengenai pesakit luar yang terpaksa menunggu lama di klinik kerajaan diketengahkan walaupun ianya bukanlah suatu isu penting pada masa ini.
Isu ketidakmenangan BN diletakkan di ruangan dalam. Hanya subtajuk kecil di muka depan.

Jika ditanyakan kepada saya, saya berpendapat bahawa tindakan PAS mengumumkan calon mereka pada saat – saat akhir mungkin memberi kesan besar terhadap BN. BN pada awalnya menyangka Dr Syed Azman ataupun Wan Mutallib sebagai calon PAS, tetapi Abdul Wahib yang diketengahkan. Akhirnya, BN ibarat menjadi keliru dan tidak sempat menyediakan hujah untuk melawan PAS.
Ironinya, peratusan pengundi muda yang mengundi adalah rendah. Jika dilihat pada gambar di puluhan blog pro-kanan mahupun pro-kiri, kebanyakkan warga muda membawa bendera PAS. Percayalah, wujud perasaan malu di kalangan warga muda untuk membawa bendera BN walaupun hati mereka menyokong BN, atas sebab – sebab yang perlu BN gali.
Saya juga begitu. Tidak malu saya menulis dengan menyatakan saya adalah lebih kepada BN tetapi saya tidak sanggup membawa bendera BN mahupun berkempen untuk BN. Saya sendiri sukar mentafsir pendirian ini. Anda mungkin ada idea kepada saya berfikirkan begini?
Pecahan dalaman BN tidak boleh dinafikan sebagai salah satu faktor ketidakmenangan BN dalam Pilihanraya P36 ini. Pertamanya, calon BN bukanlah calon pilihan Menteri Besar, maka menampakkan kecelaruan dalaman BN, dan keduanya, Wan Farid sendiri dilihat tidak mesra rakyat.
Saya tidak mengamati kesemuanya. Saya tidak kenal calon secara peribadi. Saya hanya melihat mereka di kaca TV, saya hanya baca biodata mereka di suratkhabar dan blog. Rasanya generasi muda yang lain pun sama. Mereka tidak endah. Saper yang menang, saper yang kalah, tidak memberi sebarang kesan, samaada positif ataupun kesan negatif.
Percayalah, bila saya lihat calon PAS memberi komen pada Berita Terkini semasa pilihanraya berlangsung, saya terus menyatakan bahawa beliau lebih layak. Penampilan dan gaya keyakinan bercakap tertanya mematikan sokongan saya terhadap calon BN yang saya fikir lebih layak dari segi pengalaman politik dan prestasi akademik.
Benarlah, bila pengundi melihat watak dan perwatakan mereka berdua, saya yakin bahawa pergaulan calon dan pemilih merupakan satu faktor yang sangat utama.
BN tidak kalah, cuma BN tidak menang.
Entry ini ditulis oleh Syazwan Zanini dari http://www.wenkt.com/blog
















at 12:45 pm
Dah namanya PAS..pas lah tu..lepas had undian..
at 12:48 pm
heheh saz… betui2… heheh..
pas la sumer bender kan.. huhu..
at 1:05 pm
hanya orang di pantai timur saja yang tau apa cerita dan situasi sebenar di sana. aku sebagai orang pantai timur nak royat cerita – kita kat sini dah muak dgn agenda dan muslihat tengok parti yang over dan paling benci meluat menyampah tengok kerakusan akhbar dan stesen tv dok sogok cerita yang molek2 aje pasal BN asal PAS aje buruk aje ceritanya.
masa kekalahan teruk BN di Kelantan baru2 ni pun faktor geram dan sakit hati jadi peranan dan punca juga kekalahan BN di Kelantan, asal kelantan aje miskin, daif, tak cukup makan, tak membangun. korang tau ke kat kelantan ni orangnya kaya raya setakat BMW dan Compressor peraih kain atas pasar pun tak heranlah……tengok aje rumah2 kat sana. besar dan mewah. orang di sana tak heran sangat dengan janji parti politik pasal dia org boleh survive dan tak mati kebulur pun.
yang pasti puak BN tolonglah sedar apa kemahuan dan kehendak rakyat. betul cakap mukhriz mahathir BN alpa dan tak nak dengar kehendak rakyatnya sendiri.
kepada najib tolonglah kaji teliti molek-molek pengajaran yang satu ni ya.
gomo kelate gomo…..hihihi bye semua,
at 2:25 pm
hidup PAS….
BN cuba lg 5 thun lg…itupun,kalau ada org nk undi BN
HAHAA
at 2:27 pm
Hoooo..hok ni baru kawe tauuuu…yelah..dok kl asek2 tgk muka NR.. tah cemana smlm lepas terlepas lak bini dia kat AJL..
at 2:39 pm
Pada saya BN tetap di hati, kalah menang adat pertandingan, dalam peperangan dizaman Nabi S.A.W. pun merasai kekalahan pada peperangan Uhud kalah teruk! kalah tidak bererti tak baik menang bukan bererti baik, baik buruk diatas penilaian seseorang individu. PAS sebuah parti politik begitu juga BN, sama jer! cuma saya terkilan pandangan orang PAS terhadap orang UMNO, pada orang PAS UMNO tu kafir, jahat , syaitan dan segala keburukan diletakkan pada orang UMNO. Ape orang PAS tu malaikat ke???
at 2:48 pm
biasela.. dah name politik ade2 aje kutuk mengutuk ni.. pas x btol la umno x btol la.. mane2 pon same jek… segelintir ahli2 nyer yg x menunaikan tgjwb sume terpalit ngan kesilapan tu…
at 3:04 pm
Mana yg baik..kita sokong..
at 3:21 pm
Hasil Perjuangan orang-orang UMNO yang kita nikmati sekarang! Ape pemimpin PAS buat?? bertopengkan kuliah Agama di surau-surau dan masjid tapi sebenarnya ceramah politik PAS, tujuan kita ke surau dan masjid untuk berebadah dengan khusuk dan tawaduk tapi lepas dengar ceramah / kuliah PAS fokus kita berebadah dah kurang, Allah sediakan Neraka Wel untuk orang yang tidak khusuk dalam ebadah solat… siape yang bertanggungjawab ??? PEMIMPIN PAS
at 3:37 pm
tak baikla tuduh menuduh.. masing2 memainkan peranan..
at 9:52 pm
Hamidah ni mesti selalu tengok TV3 tau tuh! tak pe la…you have d right to say anything dulu saya pun cam awak gek..maklum la tinggal di kampung..hanya tahu BN paling banyak jasa..tapi bila dah pegi U baru saya faham apa itu politik…Apa yang saya boleh kata..Kalau tak tau jgn terus mengata dan hina..kaji dulu..betul ke tak betul…Dulu saya ingat tentang ahli politik yang kata ” barwa”"Kafir”,memang saya marah tapi itu suratkhabar.yang kata ..tapi bila saya dengar dari tape..baru tau..bukan itu maksudnya..mungkin masalah bahasa tapi kita sudah salah faham….sejak dari itu saya lebih berhati-hati untuk mempercayai apa-apa tentang politik…sekarang saya lebih suka melihat dan mendengar….dan nilai sendiri..dan undi itu rahsia….lagi satu…Jangan terlepas cakap macam saya sebab ..Kunfayakun..Kalau tuhan nak ubah kita..dia akan ubah juga walau bagaimana caranya….assalamualaikom…
at 10:26 pm
cik hamidah, anda pernah pergi ceramah PAS tak? Kalau tak pernah, jangan pakai ckp je tau. Media tu bukan betul pun. Nak tau, try on-hand, pegi dengar ceramah PAS camne.
Kalau nak ikutkan kat tempat saya, selangor, mase BN memerintah, masjid selalu dibiarkan kosong je, tapi bile pakatan dah memerintah, baru meriah sikit pengisian kat masjid. Dan bukan dengan ceramah politik, ya cik Hamidah, dengan pengisian agama yang sebenar.
at 12:42 am
hamidah tu org kuat puteri UMNO,tu pun tak tau la umur layak join puteri ke tidak lagi..huhuhuhu..dah kalah sudah la..!!
at 12:44 am
tak tahu post mortem umno lepas 8 mac ada kesannya ke tak..tgk strategi nya sama sahaja..mengaburi rakyat dengan wang ringgit! nampak sangat dia orang ingat rakyat bodoh!
at 8:11 am
hai…cik midah…
at 4:09 pm
Waiting forever and ever..
at 6:06 pm
PAS n BN both politik. dua-dua islam punya parti. barangsiapa yg memerintah, harap perintahlah dgn adil.sesungguhnya semuanya akan dihisab di akhirat kelak.
bab agama jgn sembarangan nk di perkotak katikkan. saya org islam berbangsa melayu (jawa) malu jika ISLAM jd bahan utk di perbahaskan. ceramah BN saya dh dengar PAS pun sudah. masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
back to basic prinsip. ‘org yg baik takkan mengata orang lain’. tetapi sentiasa berusaha ke arah kebaikkan. politik, kita rakyat jelata nampak mereka ‘bergaduh, bertengkar’ tetapi kalau belakang kita diaorang minum kopi bersama ada kita tau?
at 6:25 pm
x terkata,yg pasti BN udah ilang taringnye…..so DSAAB..cepat2 le turun tahta….
lg satu oghe kelate kaya ngan budi bahaso….jika pasir pun pasir mas…bukan takat mas puteh lai….
at 7:05 pm
Ho la kak konah..mas kuning kalo trade in pun ada value..
at 8:08 pm
DAHSYAT si Hamidah nii..
hati2 bila bckp..
at 8:36 pm
jgn nk slhkan ati,smuanya atas hati…………….!! ( ’0′)
at 8:42 pm
jgn nk slhkan parti..smuanya atz atii..bab g masjd sbb BN pegg 2 xjd isu, klu ati yg xnk jgn bbtkn politik..mati tuhn xtnya politik pe plih..buka2la pkiran…sory even i xsokg mn2 pun kpe tp daz my opinon jew..(‘.’)
at 12:08 pm
FL130, saye setuju dgn awk..dua-dua party politic. sepatutnya jadikan bidang politik tu satu pekerjaan. mcm pekerja-pekerja laen. kalau doktor merawat pesakit, ahli politik lak membela rakyat. bukan jg kepentingan individu. tu yang salahnye..kl nk kate bn or umno yg bg kesenangan, pikirla blk. bukan saye menyokong pas. tapi pikir gune akal..duit dtg dr rakyat yang bekerja dan membayar cukai. cukai yang dikutip disalurkan pade kerajaan. kerajaan yang memerintah yang pegang duit. sebab tu leh develop country. bukan sebab party umno or bn tu sndr. party bukan bg kesenangan..kl pas memerintah pon diorg leh gak develop country..mereka pon terdiri dari bukan calang-calang orang..pendek kate..sume party same aje. yang berbeza, cara. samada baek atau tidak. the end.
at 12:46 pm
Tapi aku notice pembangkang ni mostly uni grad esp. PKR (pada aku la)..bukan course yg korok punya..
at 5:16 pm
Teman2 se-Islam semua, nk suh baca sejarah tapi byk pulak yg dah dipadamkan jentera BN. Tapi kalau kita dgr cerita org lama2 mesti dorg lagi byk tahu.. cuma satu je lah jadi penilaian… kerajaan BN buat org Islam takut kan Islam dan gagal mengerti dan menghayati Islam sbg cara hidup, Islam ajak solat tapi org muda kita masih bergelimpangan di padang bola, kedai2 minum kerana apa? kerana dasar kerjaan kita sendiri tak betul, mcm mana nk berdakwah yg kat bukan Islam. Knp org Dhimmi dlm perjanjian Hudaibyiah blh hidup aman damai dgn org Islam. Baca lah sejarah, bergurulah… kalau BN btl kerajaan yg btanggung jawab kita tak perlu ada TV3 Bersamamu, sbb Malaysia mmg kaya raya (negara paling byk kenakan cukai)cuba distribution kekayaan tuh lebih kepada kerabat2 depa… sampai 7 keturunan. tgk rumah PPR, mcm reban ayam. keluasan rumah yg ada sekarang sgt sempit. sdgkan Singapura walaupun kecil tapi apartmentnya besar mcm rumah teres. Plz org Melayu, buka mata dan baca lah buku tingkatkan Ilmu. bangsa lain dah celik, jgn sampai kita mengemis di tanah sendiri…
at 5:29 pm
Dalam seikat daun sireh pasti ada yg berulat, jadi sy taknak kata Pakatan Rakyat sbg sempurna. scr dasarnya, Apabila kita mengikut apa yg diajar oleh Allah kpd manusia yg disampaikan oleh Rasullullah itulah yg plg sempurna. Cuba lihat kriteria pemilihan pemimpin dlm Islam. Kalau ikutkan menteri2 yg karaoke2 ni dah tentu disqualified ape tah lg yg kaki tonggang. Tgk anak melayu, berpa peratus yg berjaya, berapa ramai pulak yg terlibat dgn gejala sosial (dan berjaya). Sex bebas dan arak dijadikan cara hidup melyu moden. Tolonglah, bangsa Cina kat Kelantan lebih terhormat berbanding mereka ni. MAlulah sebgai Islam. tgklah impak pemerintahan hari ini. Kita undi BN dah separuh abad, tapi apa yg BN bagi kat org Melayu. yg merempat masih ramai, yg ambil rasuah dan bagi rasuah tak mati2, asal projek je nk hulur. asal projek je org BN yg dapat. Masuk BN tuh kira ada privillege dan loyalty bonus ke? abis Melayu lain2 yg berubaha dan 1000x lagi bagus dari dorg tu nk campak mana? tuh tak kira lagi abandoned project, yg tak dimaintain, dan nyawa tak lagi berharga (pikir2 sendiri lah, selak buku kut ada) aku mungkin terlalu muda untuk ini, malah aku mungkin jahil. tapi itu dulu, sbb aku tak belajar agama (aku adalah anak yg hidup dlm zaman BN), mengaji pun tak tahu, tapi keadaan dah jauh berubah lepas tamat bljr dan dlm masa tu aku belajar ttg Islam. Jadi aku seru, jgn kita jadi org yg taqleed, tlg baca buku, kaji al-quran dan dah tentu kita tau mana yg hakiki. Allah jualah yg Maha Sempurna.
at 7:30 pm
Bila tak amanah itulah jadinya. Ade ke patut umah flet hanya ada 1 atau 2 bilik? Tak banyak yg ada 3 bilik. Manalah sumbang mahram tak berlaku. Kat situlah bilik anak lelaki, bilik anak pompuan..dah tentulah bilik 1 lagi tu bilik mak bapak. Hishh..nauzubillah..
at 7:44 pm
sazreena, ko heran puan najib terlepas kat ajl aritu ek? kalu anak pak zain menang baru sesuai sebab dia kena bagi hadiah kat madu tak jadi dia… or could it have been dia lah madu si double zed tur…
at 8:08 pm
senang je nak faham wadah pas ni cik hamidah oi! takyah kerut2 dahi dan jadi tak kyusuk solat. pas kata umno kafir sebab tak berani nak mengaku undang-undang allah itu yang terbaik. kalu kita tak mengaku undang-undang allah terbaik, kita ni ape? nak mengaku muslim lagi ke? solat tunggang terbalik pun tapi meragukan Tuhan sendiri, keje sia2 dik oi!
at 12:04 am
Sham, ko jgn main type ikut sedap jari jer..kang ada yg bersepai tinggal tulang.. aku tak tau..satu hal lah pulak nak cari DNA. Panggil CSI Miami pun lum tentu leh solve kes pasal ada pendinding. Panjang umo minah tu kalau taaakk..terbaBOM..
at 4:45 pm
istifar byk2 cik hamidah… jgn menuduh takut terjadi fitnah…
xpenah lg la ceramah agama yg saya hadiri di tmpt saya ni terselit dgn politik pas. walupn saya tnggl di ngr jajahan pas.. malahan cd2 atau kaset oleh penceramah pas pn sama.. xterpesong pn.. mybe ada perkara2 yg diperkata or nasihat ada persamaan dgn kerajaan pusat.. nak jdkn malaysia islam hadhari, sedngkan isteri n anak menantu sendiri pn free hair… renung2kn ye cik hamidah…
at 10:36 pm
mana hamidah??? sian dia… sekolahkan dia sikit
at 5:44 pm
Dia g dgr ceramah kot..
at 7:10 pm
maybe si hamidah tu sebenarnya hamid kot… ade ler sorang hamid tu yg tak berapa cerdik yg org akn tergelak bila2 dia buka mulut berckp. takut org gelak lagi sbb tau its him, cuba2 nyamor jd midah..