Apa khabar semua? Setelah beberapa lama beroperasi, saya rasa sudah tibanya pihak Syokkahwin.com untuk membalas jasa pengunjung-pengunjung setia laman blog ini. Sesungguhnya kerana andalah blog ini telah mencapai banyak kejayaan termasuk menjadi antara 10 blog yang paling popular di Malaysia. Untuk mendapatkan hadiah-hadiah yang HOT ini anda hanya perlu menjadi 5 “pengkomen” yang banyak. Penentuan akan dilakukan menerusi ruangan “Top Commentators” di sidebar kanan. Tarikh akhir penentuan adalah 28 Februari 2009, pada pukul 10.00 malam. Nampak lissa-arina telah bermula dengan baik dan sedang mendahului. Tetapi yang lain masih lagi boleh bertindak! Lima pemenang akan diumumkan pada 5 March 2009 menerusi email. Pastikan email anda adalah sah untuk memudahkan kami berurusan untuk menghantar hadiah kepada anda. Nama pemenang juga akan diumumkan di blog ini. Saya akan memantau bagi memastikan komen anda adalah lebih dari 15 perkataan untuk layak dikira sebagai komen sah untuk pertandingan ini.

top-commentators

HADIAH PERTAMA

Sehelai T-Shirt yang mempunyai logo Syokkahwin.com, wang tunai bernilai RM50 (1x) dan juga hak sebagai blogger jemputan di Syokkahwin.com (selama satu bulan). Anda boleh menulis pelbagai isu hiburan di laman blog ini! :)

DSC00159

HADIAH KEDUA

Sehelai T-shirt Syokkahwin.com dan buku tulisan saya yang sedang laku bagai pisang goreng panas di pasaran sekarang, “RAHSIA SELEBRITI BERKAHWIN PADA BAJET RM25,000” (1x) – Untuk sample buku ini, sila download di sini.

rahsiaselebritikahwin-wedding

HADIAH KETIGA

Buku “RAHSIA SELEBRITI BERKAHWIN PADA BAJET RM25,000” untuk 3 orang yang berjaya (3x).

rahsiaselebritikahwin-wedding