Jenazah Allahyarham Tarudin Ismail, bapa kepada artis popular tanahair YBhg. Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, di Kuala Lipis, petang tadi. Jenazah Allayarham Tarudin, 67, tiba dari Kuala Lumpur kira-kira 6.50 petang dan disembahyang di Masjid Kampung Tempoyang, sebelum dikebumikan kira-kira 7.10 petang tadi. Bapa Siti, Tarudin meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 11.50 pagi tadi. Selain masalah jantung, Allahyarham juga menghidapi penyakit kencing manis dan buah pinggang. Allahyarham rebah di bilik air dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri Jumaat lepas di mana pembedahan pintasan jantung dilakukan. Mari kita beramai-ramai mensedekahkan surah Al-Fatihah kepada bapa beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati Allah.

tarudin-ismail-bapa-siti

ALLAHYARHAM TARUDIN ISMAIL SEWAKTU PERKAHWINAN SITI DAN DATUK K DAHULU

gambar-bapa-siti-nurhaliza-tarudin-ismail

BAPA SITI, TARUDIN ISMAIL, DI DALAM KENANGAN (PALING KIRI)


Blog Widget by LinkWithin