These are the pictures that we have all been waiting for. Something straight from PROTON’s factory. PROTON Exora probably has started its mass production in view of its launch soon. This 7-seater MPV will be powered by Campro 1.6cc engine only. It will definitely labour on the highways. PROTON EXORA will be priced at RM72,000. Toyata Avanza (maximum price: RM72,000 for 1.5cc) and the Nissan Grand Livina (maximum price: RM97,000 for 1.8c),This is a real disappointment to me. From the look of the interior, I must say I am equally disappointed.
















at 11:27 am
keta exora tok nang hebat..tip top…
bg ktk org nk ada keta tok makey gk rim 19 lagi kck habis,,,meleleh…mun aku..dah cmplte smua ya tek ku mbak g masja mun x jln haji taha…..pakey ngeso bru tauk up ka x…..ok lah bnyk glak kaka ku tok cau lok kek…
at 8:09 am
Kepada pihak Proton, ni nak mintak tolong suara hati rakyat mesia, next time kalau nak keluarkan MPV macam Exora tolonglah keluarkan yang engin CC nya 1.8 , 2.0 atau 2.4.
at 6:37 pm
nak dgor cerito baru, kwn kita baru pakai ezora seminggu dah tarik masuk workshop, wayering problem katanya kedai assoseris potong satu wayer aje dah problem tak leh guna dahlah tu skarang dok tunggu sperpart tak sampai2 dari vendo yg dtgnya daripada exkimo kot,klu dlm malaysia x lah lama gitu.dia ada call i care utk buat aduan x call balik takut kena sumbu kot. bagi saya jangan pandai jual tapi x pandai nak servis balik inilah kelemahan proton ,dari mula2 proton keluar dah ada masaalah ini,sampai skarang tak dapat atasi,klu barang impot tu lain lah.skarang kwn tu tunggu mcm buah x gugur,beli mahal2 simpan kat workshop,skarang x payah gadoh2 ya ….lupikirlah sendiri…..
at 7:25 pm
ezora suspenson ok, kereta ok, engin keluaran baru, sistem electronic tercangih, tetapi cara pemasangan kurang memuaskan.saya blum lagi pakai ezora baru nak tanya kwn yg dah pakai,tapi setiap org yg pakai ezora saya tanya masaalahnya.baru2 ni saya kat kedai tayer jumpa kwn pakai ezora katanya ada bunyi kurang memuaskan pada tayer belakang sbelah kiri bila langar jln x rata, ada bunyi kurang memuaskan,kedai tayer tukar tayer sper pasang sama juga,buka balik rupanya absober skeru bhagian bawah boleh dipusing dgn tangan, kamu bayangkan kalaulah kenderaan berjalan 100km absober tercabut pada tempat asalnya dimana pemandu itu berada skarang?
at 11:39 am
Kesian kat proton… asyik kena kutuk je. buat exora pun orang tak puas hati. macam la kereta buatan lain tak ada masalah langsung.
Kereta mana2 pun sama je. dah nama buatan manusia, bukan buatan makhluk asing. cubalah ambil bahagian positif lebih sikit, kelemahan tu mesti diperbaiki dengan teguran membina. bukan dengan menghina. pakar2 dalam proton tu pun dah penat tak tidur malam buat kerja dan kajian. elok la kita bagi semangat banyak2 supaya mereka lebih berdaya maju.
nak tahu kurang lebih, kena pakai sendiri, jaga sendiri, baru kita tahu kat mana kurang dan lebihnya. kalu setakat dengar cite kawan ni belum tentu tepat. kawan saya sendiri pun ada pakai kereta honda accord terbaru, hari ni ambil esoknya hantar balik kerana belum pasang aksesori yang sepatutnya dah ada. minggu berikutnya ada lagi barang yang tak ada. bawa kat highway atas 100 kelajuan, dah bergegar, rujuk pusat servis honda, allignment tak betul, buat allignment, jadi jugak… tukar barang… belum sampai sebulan pakai allignment dah kena buat 2/3 kali. itu yang buruk cerita…nak lagi? malas dah sebab bukan kereta saya.
yang baiknya… banyak la. bergegar-gegar pun lari pecut juga. sebenarnya sekadar nak bercerita. pakai kereta harga bawah RM100k, ada lebih, ada kurangnya. pakai kereta RM100k ke atas, pun ada lebih ada kurangnya. kalu poket tebal dgn duit tak pe la, lambang macam mercedes, kalu dah patah, nak beli… RM…. ribu-ribu, tanyalah diri.
kalu dah pakai kereta, milik kita… apa jua jenis dan harga, itulah kemampuan kita…. jangan keutuk dan jangan hina. kerana hanya orang yang mengguna dan memakai atau memandu sahaja yang faham tentang apa yang dimilikinya.
at 5:48 pm
salam semua. ajee dah pakai exora kebanggaan negara tu.. kembang gak..tapi hampeh. no power. main jalan bukit sikit nye siksa.. enjin ngaum kuat tapi speed cam semut, camne depa kata selesa je daki ke Cameron. dari Baling, Kedah ke Grik, Perak pun dah malu habis. Corolla KE 30 potong dengan penuh sinis. Minyak ya rabbi, ada patut jalan biasa je RM 90.00 hanya untuk 350 km. nyesal ajee tak tunggu dulu tengok performed exora. orang lain pun rasanya same tapi tak pandai nak komen kat internet kot. ajee dah tertipu dek kemanisan mulut salesman harap korang yang belum baik pikir semula. jangan jadi ajee dah terantuk baru tergadah. Nyesal aku tapi dah tak berguna.. kenalah tanggung biawak yang sekor ni. lama gak lee. nyesaaaaaaaal !
at 9:17 am
Dgn bodi exora yg agak besar, sebab tu kot exora ni agak keberatan naik bukit. i mengharapkan proton dapt mengetengahkan pembuatan enjin campro 1.8. C.c yang lbh besar bermaksud HP n Torque yg lbh mengancam. disaran juge exora mempunyai fuel saver, mcm kerete2 lain. well, yg lain mcm ok, cume byk gak org komplen psl wiring ni…. I rase stakat ni ok je….
at 10:56 pm
Salam semua,
Sy dah beli exora sept09, tapi malangnya exora sy byk masaalah, semuanya terkumpul diexora sy spt,bau minyak petrol,absorber bunyi,aircond problem, blower aircond on/off,valve bunyi kuat dan ada bunyi bergetar didlm dashboard sebelah penumpang,dah inform i care tp buat tak tau,katakan masaalah ini berada dikereta sedara2 semua,apa perasaan sedara2 semua?sy terpaksa berulangalik kepusat service,kemudian spare part tiada dlm simpanan dan kena dtg hari lain pulak dan kena apply cuti lg.Dlm situasi macam ini adakah sedara2 semua akan tersenyum je…..
at 7:36 pm
Sy pun dah beli exora ni..November tahun lepas dapat..1st drive memang bangga la..Tapi dah lama2 drive mula rase penggunaan petrol yang kuat walaupun ikut highway dan drive 100km/j @ 110km/j..(Kalau drive 120km/j @ 130km/j lagi teruk penggunaan petrol) Dah macam2 fuel saver (Neomagnet & Surbo) sy gunakan tapi penggunaan petrol masih tinggi..dan perlu gunakan kuasa penuh terutama untuk memotong kereta lain..Ada saudara yang gunakan Toyota Wish & bandingkan penggunaan petrol wish & exora dari tempat yang sama & destinasi yang sama (dari kl – Taiping), bezanya melebihi RM10.Dimana penggunaan petrol Toyota Wish lebih kurang RM30 & exora lebih kurang RM40++..Itupun Toyota Wish dipandu dalam lingkungan 130 – 140km/j sedangkan exora dalam lingkungan 100 – 110km/j..Mungkin exora ni ketinggalan dari segi enjin yang tak sesuai dengan body kereta yang besar..Tapi so far Alhamdulillah takde lagi masalah2 wiring @ bunyi2 yang tak sedap didengar..
at 9:46 pm
Salam..saya belum pun beli Exora. Cuma pernah naik saja.. Setakat ni saya pakai Perdana Executive. Selama ini saya memang backup produk Proton. Cuma baru-baru ini saya rasa ada perkara yang perlu Proton baiki. Terutama dari segi after sale service.
Baru baru ni Perdana saya hadapi masalah yang saya anngap kecil pada mulanya, iaitu ABS indicator light menyala. Ingat problem kecil. Dan ia merupakan masalah pertama yang berlaku selepas beberapa lama beli kereta ni. Tapi bila saya ajukan pada Mekanik di Proton service, mereka check n bagi tahu bahawa ABS Modul rosak. Tak boleh baiki, tetapi hanya boleh tukar dengan anggaran kos rm5000 sahaja tunai. itu pon dengan nada n ekspresi muka yang agak sinis. Jadi saya tertanya setelah bertahun2 Proton keluarkan kereta jenis ini, takkan tak ada langsung mekanik dibawahnya sendiri yang terlatih atau pakar mak baiki masalah ABS Module nih? Dan sudah tentulah agak kurang logik bagi pembeli mengeluarkan kos RM 5000 untuk membaiki masalah ABS ini. Macam lebih baik Trade in kereta ni Tambah lagi sikit duit dan ambil kereta lain.
Umum tahu bahawa banyak model Proton sudah dilengkapi oleh sistem ABS ni. adakah semua model ini bakal meghadapi nasib yang sama? Yang pastinya ABS modul itu manusia yang buat, dan reka. sudah tentulah ada manusia di muka bumi ini yang boleh dilatih / lantik secara rasmi oleh proton untuk mengenalpasti masalah dan baiki. kalau costing dalam RM 1000 pun bagi saya sudah logik, berbanding Rm 5000 tu. Saya bertanya kepada beberapa orang yang pakar tentang kesan akibat masalah ABS dan mereka semua kata ianya boleh membahayakan pemandu dan penumpang. maka takkan Proton boleh membiarkan isu ABS ini?
Selain masalah yang saya hadapi ini, kebetulan semasa saya menghantar kereta iani ada beberapa buah kereta model Exora lain yang sedang dibaiki. Antaranya ialah masalah Suspensi belakang yang rosak walaupun baru beberapa bulan digunakan. Namun ia bagi saya hanyalah masalah minor, berbanding sebuah lagi model Exora yang menghadapi masalah Enjinnya hidup sendiri dan tidak boleh dimatikan. Sumpah saya tak tipu. kalo tak percaya boleh rujuk rekod di pusat servis proton di taman industri Segamat, kes pada hari khamis,27 mei 2010 jam 3.30 petang. kereta Exora milik seorang pakcik dari N9.
Apa pun saya harap proton memperbaiki Aftersale Service. Kerana andainya perkara ini tidak di jaga, jaya sendiri mungkin salah seorang yang was-was untuk membeli produk berjenama Proton ini. Walaupun saya juga mempunyai semangat patriotik, tetapi membeli kereta merupakan pelaburan yang besar, dan merugikan jika tersalah membuat keputusan. Belilah dan baikilah kualiti serta perkhidmatan barangan buatan malaysia. sekian.
at 11:32 am
apalah nak kutuk kutuk buatan malaysia, tapi bila kena tangkap dengan pihak penguasa semua nak mengaku raayat malaysia. orang luar berbangga dengan malaysia, anak malaysia sendiri malu nak mengaku,apa semua ni, fikirlah sendiri kita rayaat malaysia haruslah sokong buatan malaysia.cuba kita lihat orang jepun, mereka datang malaysia tak guna pun kereta eropah, mereka tetap guna kereta jepun, semangat untuk barangan mereka tetap hebat,orong malaysia konon malu nak pakai proton, sedang duit tak ada pun nak belagak.sedarlah sikit siapa kita, apa pun sokonglah barangan malaysia.jangan lupa kalau tak tahu berapa langit tinggi dan bumi yang luas,jangan lah nak perlekeh barangan malaysia.sekian,
at 8:10 am
memang la org jepun tak malu guna kete sendiri. Kete world class.
Kalu tolak tax yg giler melampau nak mampus tinggi dikenakan kerajaan kite, kete2 jepun jauh lebih murah dari Exora dgn performance pun jauh lebih baik.
Belum cerita after sale service proton, aku dah terkena .
Typical Malaysian, sumer nak untung cepat dan besar. Takde istilah bangun dan naik perlahan2.
at 9:54 am
Btol tu Fajie..Exora aku pagi ni dah kena masuk Proton Servis..Aircond problem..Lagi 1 problem, byk kali gak aku bawak Toyota Wish automatik..Takde pulak masalah gear payah nak masuk..Exora aku ni kalau bawak turun bukit, gear akan drop..pastu bila dah lepas turun dari bukit..dari gear 3 ke gear 4 tu memang payah nak masuk sampai aku kena brenti tepi highway jap bagi gear Neutral balik..RPM dah naik sampai 5 tapi gear tak masuk2…
at 3:57 pm
semasa saya berada di UK saya banyak nampak mat saleh kat UK pakai kereta proton, bila saya tanya kenapa suka pakai proton, mereka jawab ekonomi dan tahan lasak dan tak banyak masaalah lagi pun part part nya murah.mereka cakap kereta proton bagus, yang saya hairan kenapa orang malaysia sendiri pelekehkan kereta malaysia, agaknya orang pelekeh tu tak mampu nak beli kut.saya bangga jadi raayat malaysia,kerana malaysia mampu buat kereta sendiri, tak macam singapore nama saja negara kaya,tapi kereta pun tak mampu nak buat,saya tengok banyak juga orang singapore pakai MPV malaysia.rajin rajin lah belajar keluar negeri baru lah kita tahu barang tu kualiti atau tidak,saya rasa dah banyak rantau asia ini dah banyak guna MPV malaysi, terutama sekali thailand dan indonesia.pandai pandailah langkah kaki keluar dari malaysia tengok tengok barangan malaysia berada dinegara orang.
at 5:56 pm
sebab ape spare part proton kat luar negara murah..?sebab harga kereta proton kat luar negara pun murah..ye ke..Saudara Ramli pakai kete ape bole saye tahu…?Ade Exora sebijik ke depan rumah..Bukan nak perlekehkan kereta M’sia,tp itu lah hakikatnya selepas saya beli proton Exora..Ape kata Saudara Ramli booking Exora sebijik hari ni..dan travel dari kl – Perak..Mungkin Saudara Ramli faham ape yang sesetengah org perlekehkan kereta M’sia..Lihatlah sendiri rancangan yg begitu popular di UK TOP GEAR.Saudara Ramli rajin2kan tangan untuk klik video bagaimana kereta M’sia diperlakukan di UK..Myvi, Kelisa, Waja, Savvy..Adakah sama seperti yg saudara Ramli katakan bahawa org2 luar negara mengakui kereta M’sia bagus & tahan lasak..?Sekarang tak perlu keluar negara..Dunia dihujung jari encik ramli kalau setakat nak mintak pendapat dunia mengenai kereta keluaran M’sia..Perlekeh tak bermakna tak menghargai..Kdg2 perlekeh boleh diterjemah kepada sesuatu yg positif supaya proton @ perodua dpt hasilkan kereta yg lebih baik..Sekiranya saudara Ramli tak membeli exora, pada pandangan saya agak longgar hujah Saudara dari kami yang memilikinya..Bahu yg memikul lebih beban dari yang melihat encik Ramli..Mcm pendapat saya tadi, apa kata Encik Ramli booking exora petang ni jugak dan rasai lah perbezaan nya..
at 12:12 pm
ha ha ha kesian sungguh pada orong yang selalu komen pasal exora ni, sebenarnya komen mengomen ni memang menjadi manusia sejagat,kalau kita tahu sesebuah kereta tentu kita memahaminya, sebenarnya yang lempar komen itu mereka tidak menganali SIFAT KELAKUAN sesebuah kereta itu, kalau mereka tahu sifat kelakuanya kereta itu pasti pekara ini tak banyak komen,jadi harap belajar bangaimana hendak mengatahui sifat kelakuan sesebuah kereta itu.setiap buah kereta ada sifat kelakuannya.jangan kata orang yang selalu komen tahu sifat kelakuan kereta, malahan mekenik proton sendiri pun tak tahu, apa itu sifat kelakuan kereta.oh ya pasal rancangan TOP GEAR apa kita nak pedulikan, sedang mereka dibayar untuk berbuat demikian,itu lah menandakan kereta mereka tak laku ditempat sendiri, sebab itu mereka sanggup lakukan apa saja pada barangan kita,selalulah belajar menganali sifat kelakuan kereta.maka dengan itu dapatlah kita memahaminya.tak perlu saudara nak suruh saya boking exora,saya memang dah ada proton exora.dalam masa dua bulan saya bawa km60000, tapi sampai sekarang pun tak ada masaalah pun.sebab itulah saya kata,kita kena menganali sifat kelakuan sesebuah kereta itu.baru kita tahu.
at 12:31 pm
eh..kenapa pulak perlu diketepikan..rancangan TOP GEAR bukan calang2 rancangan mengenai kereta..Bukan macam rancangan malap perbincangan di RTM..OOO..jadi saudara ni sungguh dahsyat melebihi mekanik proton rupenye ye..Ke saudara ni ade share jugak dlm proton sebab tu beriya2 mempertahankan proton..Seperti yg saya katakan sebelum ni, kondem tak semestinya untuk memburuk2 kan..tetapi untuk pengeluar kereta tempatan berusaha mengeluarkan sebuah kereta yang lebih baik..Supaya proton dpt hasilkan sebuah kereta yg menjimatkan..bukan lah seperti exora sekarang yang MENTEKEDARAH minyak..Mungkin saudara beruntung kerana blom ada apa2 masalah pada exora..Tetapi sudah ramai yang memiliki exora, terpaksa berdepan masalah termasuk saya sendiri yang menghadapi masalah air cond & Gear Box..Mengikut perjanjian,exora saya akan disiapkan petang ini..tapi nampak gayanya dengan kesungguhan proton,exora saya akan terus berada di proton ntah sampai bila..
at 12:17 pm
En Nasharuddin try masuk blog funtasticko design,banyak info pasal proton awak boleh tahu,sifat kereta awak sendiri ,turun bukit gear drop pun awak kata rosak….Maaf yer!!dari komen awk nampak awak mmg xtahu apa2 pun pasal kereta,..Awak tahu Proton pakai Drive By Wire System…”Marilah kita memahami dulu kenderaan yang digunakan sebelum kita komen yang bukan2″…takut nanti org gelakkan kita jer….
at 6:44 pm
tahniah pada cho anda yang memahami sifat sesebuah kereta itu,betul kata u, nanti orang ketewa kan kita sebab tak tahu sifat kereta.berilah tunjuk ajar pada mereka.
at 11:41 am
En Chor..Adakah saya yang taip salah @ anda yang salah baca..Saya tak pernah kata gear drop waktu turun bukit adalah 1 masalah..Apa yang saya persoalkan adalah SELEPAS turun dari bukit ;
Nasharuddin on August 4th, 2010 9:54 am
“Exora aku ni kalau bawak turun bukit, gear akan drop..pastu bila dah lepas turun dari bukit..dari gear 3 ke gear 4 tu memang payah nak masuk sampai aku kena brenti tepi highway jap bagi gear Neutral balik..RPM dah naik sampai 5 tapi gear tak masuk2…”
Adakah lepas turun dari bukit di jalan yang mendatar gear akan kekal di gear yang ke 3..?Mmg saya sudah membaca di manual exora waktu membeli gear akan drop dikawasan menurun bukit untuk keselamatan..Tapi persoalan saya, adakah gear akan terus kekal di gear ke 3 selepas turun dari bukit..?Walaupun dijalan mendatar..?Adakah tidak ada apa2 masalah, sekiranya kereta anda selepas turun dari bukit berada di gear ke 3 dan terus berada di gear yang sama dijalan mendatar…?Ketika di jalan mendatar di kelajuan 60km/j – 80km/j & RPM hampir mencapai 5, tapi gear masih berada di gear 3..Adakah itu sesuatu yg normal..Tolong berikan penjelasan..
at 6:07 am
i x tau sangat pasal kete ni…. tapi try lepas minyak dulu, pastu tekan minyak balik…. slalunye kat jalan mendatar, maybe die tukar balik, sbb rpm dh trn ckt, ble tekan balik, br gear die leh nek blk… x tau lah… try dlu la….
at 9:21 am
thanx Fatamorgana..Tapi i dah buat macam tu..Dah try lepas minyak dulu..sampai 60km/j..Sbb tu i tak bole terus drive & terpaksa berenti tepi highway dulu..Kalau i terus drive 60km/j takut lak driver lain marah & takut lak pape jadik kat gear box..Anyway thanx for your advice..
at 3:02 pm
en nasa, masa u servis dulu ada tak minta makinik tu tukar minyak gear, kalau minyak gear sudah tukar dan masih juga jadi macam tu,sudah pasti elektronik gear box yang rosak, tapi en nasa jgn riasu kereta tu masih ada wrenty lagi,cuba cakap pada makanik dengan sebaik mungkin, saya pun kesian juga pada en nasa ni yang mengalami masaalah seperti itu.
at 3:14 pm
baru 2-3 minggu lepas buat major servis..Dan tertulis jugak dlm list penyelenggaraan, minyak gear dah ditukar..
at 3:40 pm
En nasa…mengikut apa yang sy paham kereta En ada masalah Gear 3 enggaged terlalu lama bila turun bukit…apa yang boleh sy advice,En nasa pergi balik sc jumpa service advisors cakap nak mintak senior foreman test ngan En sekali….sbb sy takut benda yang En Nasa risau kan itu adalah karektor gear box 2…mengikut pemahaman sy juga En Nasa dh hantar kereta untuk major servis…setiap kali major servis,servis centar akan buat tunning balik ngan alat yang dipanggil PDT… andai kata kereta En bermasalah,pasti alat tu akan detect problem…..hhhhmmmmm…atas pegalaman sy pula setting untuk TCU kereta En bermasalah…plzzz check…
at 5:38 pm
OK…Time kasih untuk semua info..Akan dibawa masuk semula ke proton servis dalam masa terdekat..
at 6:36 pm
betul kata en chor tu. try bawa pada mekanik yang berpengalamam dan mengenai kereta tu.kat proton yg mekanik banyak pandai,tapi pemalas.
at 9:25 am
pemalas pun kena bawak ke proton jugak..kalau buat kat luar kang, warranty dah takde pulak..
at 6:10 pm
maafkan lah saya, saya bukan kata en nasa malas, yang sebenarnya mekanik proton tu yang malas, sedangkan mereka dah tahu masaalah pada kereta tu, tapi kenapa mereka buat indah tak indah saje, akhir sekali saya rasa eloklah en nasa lapor kan pekara ini kepada HAL EHWAL PENGGUNA,buat saja laporan pada mereka,pasti pekara ini dapat diselesaikan.insyaalah.
at 11:07 am
ye..saya faham maksud En Ramli tu..takpe lah..saya akan ambil saranan En Chor berjumpa dengan senior Foreman di Proton servis dan tunjukkan pada dia apa masalah sebenar..kalau dah ditunjukkan masalah pun takde tindakan, barulah saya akan laporkan pada HAL EHWAL PENGGUNA..terima kasih
at 11:18 am
before nak Report kat Hal Ehwal Pengguna sy rasa report kat Proton i-care dulu,klau x jalan baru Hal ehwal pengguna….sbb Proton I-care akan call terus ngan bos SC 2….tp Pastikan bising2 sikit kat Proton I-Care..baru cepat tindakan diaorg.hehehe
at 3:04 pm
LANTAK KORANG LA NAK BELI KERETA PROTON KE TOYOTA KE HONDA KE LEMBU KE. WALAUPUN AKU ADA KERETA, TAPI AKU RASA BODOH SEBAB BELI SEKETOL BESI HARGA RM100K, BAYAR BULAN RM1K. JANGAN MAIN DENGAN ISU KENEGARAAN, YANG BAGUS TU BAGUS, YANG BODOH TU BODOH.
FAIR & SQUARE
JUAL BARANG ADIL LA SIKIT. KORANG TAK RASA MACAM BODOH KE HARGA KERETA RM50K, TAX+DUTI RM100K, GILA!
KETE HIMPOT (KONON) YANG KAT MALAYSIA NI BYK PASANG LOCAL, KAT SIAM, KAT INDON, SEBAB TU MACAM GAMPANG JUGAK, TAPI JUAL CAM HARGA CBU JEPON. (CTH: TOYOTA WISH KAT JEPON ~RM50K, JUAL PASANG SIAM KAT MSIA ~RM150K). ADALA SKIT YG CBU CAM MITSUBISHI, SUZUKI. BILA DAH PASANG KAT ASEAN NI BANYAK LA CILOK SANA2, DAH BUDAYA. (PERODUA WINDSCREEN KOS RM30, TAPI JUAL BERAPA? R&D KONON)
JANGAN BANGGA SANGAT DENGAN KERETA.
PADA AKU ADA KERETA TAPI DAH MACAM PIKUL BIAWAK MAMPOS, SAMAN TERBANG AKU BERBELAS2, SPEED LIMIT MACAM BODOH, TAK PERNAH REVIEW DARI ZAMAN ATOK NENEK AKU, KETE SAGA BODOH MEMANG LA TAYAR LOCK BREK EMERGENCY (TU PUN KALAU PENAH GANTI BREK PAD), KETE ADA ABS SEKEJAP JE BERENTI. BAYAR INSURAN ROADTAX RIBU2. ABS & AIRBAG TAK WAJIB KAT MSIA. SIBUKKAN BAWAK 74KM/H KAT TEMPAT 60KM/H SAMAN RM300, BODOH GILE. ORANG YANG BAWAK 50KM/H KAT TEMPAT 90KM/H, MENYUSAHKAN ORANG, TAK PULAK KENA SAMAN, TAH APE2 PUNYE PERATURAN.
SEBULAN KORANG ISIK BERAPA DUIT MINYAK? YANG KEJE KAT KL? MACAM ORANG BODOH TAK ISIK MINYAK? TAPI KALAU NAIK BAS/LRT BERAPA STESEN KENA TRANSIT? BERAPA JAUH PULAK TEMPAT KEJE DENGAN STESEN NAK KENA JALAN KAKI? BERAPA CM JARAK LEGA DENGAN ORANG SEBELAH DLM LRT? BERAPA KGCM3 BAU BUSUK ORANG SEBELAH KO HIRUP?
AKU RASA TAK GREEN KALO SEMUA ORANG BAWAK KETE, DUNIA DAH TUA, TAPI PUBLIC TRANSPORT CEMANA, AKU TAK DAYA NAK JALAN SAMPAI SEKILO TENGAHARI BUTA DARI STESEN KETEMPAT NAK GI.
LAST SEKALI KITA NI ORANG MALAYSIA MALAS NAK BERFIKIR, BANYAK AMBIK PERSOALAN KULIT, MALAS CARIK AKAR, BUAT JE LA YANG MANA MUDAH, SEMUA NAK LEPAS DIRI SENDIRI.
JANGAN CAKAP PASAL KENEGARAAN, SEMUA ORANG SIBUKKAN DIRI SENDIRI, SEMUA ORANG ADA AGENDA PERIBADI, BN, PAS, DAP, PKR SEMUA SAMA, PUSING2 PUN ORANG ITU JUGA, ORANG MALAYSIA.
WALAI RAKYAT MALAYSIA SEKELIAN.
IKHLASKAN DIRI, BUATLAH KERJA SEIKHLAS HATI. BAGI ORANG YANG BERADA DI ATAS PULA, KONGSILAH DENGAN ORANG YANG BERADA DIBAWAH, JANGAN HANYA SIBUKKAN DIRI, DIRI, DIRI, ORANG BAWAH FED-UP KO TAU TAK? NAK BELI BERAS PUN ADA YANG PIKIR 16 KALI.
BERFIKIR SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN (TAKKAN TU PUN AKU NAK AJAR), ANGGAPAN DALAM KEPUTUSAN TIDAK BOLEH DITERIMA. SEBAB TU BILA JALAN KERJA TAK SEMPURNA.
SEDARLAH SIKIT SEMUA, YANG BAWAH TU KENA KOTAK-KATIK SAJA DENGAN ORANG ATAS.
BERENTI LA MELATAH, ORANG MELAYU JE YANG MELATAH KAT DUNIA NI. TENANGKAN DIRI, AMBIL KEPUTUSAN SEWAJARNYA, SATU ORANG CAKAP SUDAH LA, SEMUA NAK BERCAKAP, NAK TEGAKKAN SEMUA MANA BOLEH.
AKU KADANG MENYAMPAH DENGAN MALAYSIA, TAPI NEGARA NI MACAM MAK BAPAK KITA, MENYAMPAH CEMANA PUN MAK BAPAK SENDIRI JUGA. NAK KAT LUAR PUN LECEH JUGA & ADA MASALAH LAIN. CONTOHNYE MAKAN, MENYAMPAH DENGAN MAK PUN CARIK JUGA MASAKAN DIA, WALAUPUN DIA KOLOT & SISTEMNYE SANGAT ANCIENT.
LAST SEKALI, TUHAN TIDAK MENGUBAH NASIB SATU KAUM JIKA KAUM ITU TIDAK MENGUBAHNYA. KO RASA KAUM MALAYSIA NI DAH BAGUS SANGAT KE, DAH TAK PAYAH BUAT APA2?
* DALAM PADA KORANG GADUH2 NI, PEMILIK BLOG NI DAPAT DUIT BANYAK DAH, KORANG TENGOK LA IKLAN DIA KAT TEPI TU.. GADUH LA BANYAK2..
at 11:48 am
En. Chor @ En Ramli,
Drive exora ke..?Mintak pandangan sket..cemana cara nak save kan sket petrol..?Mana tahu kot ada petua @ alat2 yg bole kurangkan penggunaan petrol untuk exora ni..Sy dah cuba byk alat utk jimatkan petrol..Tapi nmpk kurang berkesan..terutamanya di KL lah..maklumlah jammed je..
Thanx..
at 10:06 am
saya rasa en nasa tak perlulah guna benda yang untuk save minyak tu, semuanya produk itu hanya mengungtung pada mereka yang menjualnya. kalau kereta baru tak perlu guna benda benda tu.saya cadangkan en nasa gunakanlah minyak RON 97.ianya dapat menjimat sedikit.saya selalu gunakan minyak RON 97,tapi nampaknya macan ok aje, lagi pun ianya ada pikup sikit dan injin pun macam lembut sikit, selamat mencuba.mudah mudahan menjimatkan.
at 10:30 am
Saya memang gunakan RON 97 untuk exora saya dari dulu..Saya memang dah pasang 3 alat untuk jimatkan minyak untuk kereta saya..memang kereta sebelum exora pun saya gunakan ke3-3 alat ni dan terbukti dapat save sikit minyak..cuma exora ni tak terasa sgt bila gunakan alat tu..Anyway terima kasih untuk cadangan tu
at 9:38 pm
Ape alat tu? setahu i gune grounding cable+voltage stabilizer dpt tingkatkn power enjin(sikit je la) ngan kurg skit gune minyak… slalunye tu lh modifikasi minor yg i tau…. just suggest jer….
at 11:35 am
1) Surbo (Kalau rajin tgk iklan dlm Harian Metro ade)
2) NeoMagnet (Ini pun berkesan jgk untuk jimatkan petrol)
3) Maxpower (Yg ini kurang sket @ tak rasa langsung pejimatan dia)
Setakat ni 1 & 2 tu memang tak bole bukak la..sebab kalau bukak memang terasa kurang power enjin & penggunaan petrol akan lebih..
at 1:36 pm
Salam,saya baru sebulan pakai exora manual……skrg dah 3362km.alhamdullilah,belum ada masalah lagi.saya pulang ke besut trg(sempadan kelantan)alhamdulillah ok aje,naik bukit pun ok je…..masa balik jem dkt karak dlm satu jam..tapi ok je naik bukit ok je…..minyak dlm rm70 ron 95…inilah pengalaman saya sepanjang menggunakan exora setakat ini….
at 3:01 pm
Sekarang dah masuk 6753km so far alhamdullillah….haritu saya pergi ke thailand dengan 5 org penumpang biasa dan 2 org anak buah darjah 1 dan 3.masa daki bukit tujuh alhamdulillah ok je pakai gear 2 ,exora saya manual so rasa pickup jugak.bertolak dari besut kul 3.30 petang sampai kl kul 9.30 mlm dengan muatan penuh di blkg dan terpaksa menjatuhkan satu lagi kerusi penumpang utk muat brg.minyak masih tetap maintain masa sampai kl tinggal 3 bar dari 7 bar penuh rm100.
at 4:04 am
Excellent website , I have found this insightful. Loads of tips inside it. I’m really keen on the data on weight problems. Associated with tried taking lipobind intended for reducing fat ingestion? In any other case, do try it out. It’s effective to me. I’ve created a hyperlink to. Thanks.
at 11:40 pm
Sokong…produk malaysia memang sokong….. kite je patriotisme yang kilang2 juai2 barang buat kat malaysia ada dorang pikiq…… kalau dorang pikiq taklah harga bagi mahai2 sangat….. kualiti tak la cikai2 ….servis takde la haprak pun (sebab nila setitik mcm tulah habis proton sebelanga)… ..majikan proton kesan pekerja yang buat suwei dalam tempat keje…. org tulah yang menjahanamkan proton……
at 10:11 pm
setelah memiliki sendiri exora… terasa bangga memandunya… sebab byk kerisauan dan kebimbangan yg diperkatakan org selama ini sebenarnya byk yg tak benar… mgkin pengalaman masing2 yg berbeza… cuma bg sy.. exora tetap best utk dipandu dlm pjalanan jauh dan dekat… cuma kena pandai guna gear auto.. keadaan mendaki gunakan gear rendah.. masih boleh memtong kenderaan lain meskipun ketika mendaki bukit…
at 1:51 am
salam semua….. aku pun bru pakai exora, kalo setakat ada problem ckit2 tu biasa la…problem yg aku kena reves sensor tak bunyi, aku dah hantar check diaorg ckp kena check satu2, tp tu xpe kecik punye hal…yg penting bila time bawak keluarga semua selesa…penggunaan minyak pun ok, xda la kuat sgt…cpe yg rasa nak pakai tu belilah sebijik…x rugi….