Apabila Mak Andam Bersikap Diva…
Posted on March 13, 2009
Filed Under [G] Malaywood
Tak lama lagi cuti sekolah, maka banyaklah di antara kita yang menggunakan masa tersebut bukan untuk bercuti tetapi melepaskan diri dari sekatan dan menjerumuskan diri kepada kehalalan yakni berkahwin. Alhamdulilah. Tetapi dalam kesibukan persediaan perkahwinan ini, amat perlu juga kita berhati-hati. Pengalaman saya betul-betul banyak mengajar saya supaya lebih bersedia dalam menghadapi perkara-perkara surprises pada saat-saat terakhir terutamanya dengan yang dikatakan sebagai “make up artist”!. Berikut adalah beberapa TIPS yang perlu diketahui sebelum terkena:
-
Mengambil “Mak Andam Bajet” - Jenis yang ini biasanya akan mengenakan bayaran sebanyak RM250 walaupun waktu sesak seperti cuti sekolah. Di waktu ini biasanya mereka akan mendapat banyak tempahan pada tarikh yang sama. Jika ini berlaku, mulalah mereka melatah dan bersikap DIVA. Mereka akan mula mengarah anda sana-sini pula dan demand macam-macam. Ada di antaranya yang ingin menyolek dan mendandan anda seawal pukul 10 pagi walaupun waktu bersanding pada pukul 1.30 petang. Memang tak logik tapi ini benar-benar berlaku. Ini semata-mata agar mereka boleh menyolek orang lain pula di hari yang sama. Jika ini terjadi, bertegaslah. Jika anda tidak ingin ini berlaku, pastikan si Mak Andam ini berjanji supaya akan melayan anda seorang pada waktu tersebut dan tidak terkejar ke tempat lain sehinggakan Si Raja Sehari pun kena pakai baju dan samping sendiri. Ada masanya, orang lain yang ditempah untuk menyolekkan anda, orang lain pula yang tiba. Kekadang mereka ini adalah kawan mereka yang tak de job masa tu yang kualitinya kita pun tak tahu macam mana.. Make up pun entah apa-apa..Macam clown sarkis.. Buang masa jea..Biar bayar lebih RM100 untuk ini tapi anda puas.
-
Mak Andam Yang Syok Sendiri - Ada yang make up kan anda pakai mascara sampai jadi maknyah dalam pentas PATUNG KERTAS, celak keliling mata macam baru balik dari haji. Bila ditegur, mereka akan katakan bahawa merekalah yang terror dan hebat dan tidak makan saman langsung. Dalam hal ini saya nasihatkan supaya anda mengambil mereka yang benar-benar profesional dalam make up. Biar bayar RM500 atau RM600. Biar anda bayar duit tol dan mileage mereka untuk datang ke kampung anda dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyolek dan mendandankan anda jika anda yakin dengan kualiti mereka. Ini adalah hari yang untuk diingati dan mungkin satu kali dalam hidup. Inginkah anda dilihat tak glamor dengan make up yang tebal?
Nurul Shukur dan juga Saidatul Nisa adalah antara professional make up artist yang mendapat tempat di hati wanita Malaysia. Mereka ada mengadakan KELAS ATAU BENGKEL ANDAMAN DAN SOLEKAN dari semasa ke semasa. Mereka ini mengenakan caj di antara RM1k - RM 2k. Ada juga yang berkualiti selain daripada mereka ini.
BENGKEL ANDAMAN NURUL SHUKOR
TESTIMONI UNTUK NURUL SHUKOR
Antara jurumekap yang saya agak menarik hati saya adalah:
EZRAL NORDIN 012-692 8084
NURIN MAKEOVER 012-269 0828
Senarai Penuh Make Up Artist - Sila Klik Sini
SUSAH SANGAT..BELAJAR SENDIRI JEA
Other Hot Posts
All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.
Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!
7 Responses to “Apabila Mak Andam Bersikap Diva…”
Leave a Reply











































Lawa gak mekap Ezral..
tujuan makeup untuk mencantikkan pengantin,yang muka kurang berseri dan kurang gebu diserikan oleh makandam,kalau dah makeup macam tak makeup,baik tak payah panggil mak andam.
Kita panggil mekap cina opera..dari sebatu leh nampak pengantin..hakseiyan..
suker tgk hasil tangan nurul shukor apabila mekap kn siti nurhaliza cantik sgt…
Nurul memang berbakat dalam bidang nie..
Sokong ckp Mas,klu dia makeupkan CT,memang lawa..
Tak dinafikan hasil solekan NS memang meletop tapi reganya pun tip top. NS ni baik..tak berlagak walaupun antara mekap artis yg pemes.
saz…ekau bole rekomen ns make up kan akak tak..bukan utk kawin…make up ke pejabat …akak ni buter make up….
ada kwn akak tu…x pnah make up alih2 bila kawin cam opera cina….kening dah tinggal 1 helai…mcm tepung gomak…kesian betul dia….now dia dah arwah kanser otak…