PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Cerita Benar: Apakah Itu KJ? : Syokkahwin.com

Cerita Benar: Apakah Itu KJ?

Posted on March 17, 2009
Filed Under Jokes & Weird Stuff, [G] Malaywood

Apabila disebut sahaja akronim KJ, apakah yang terpacar di fikiran anda? Adakah Kak Joyah? Kuda Jantan atau Kak Jun? Adakah ia satu nama timangan kepada seorang pemimpin politik yang amat bahaya jika disebutkan di sini? Baru-baru ini saya singgah di sebuah kedai mamak di ibu kota. Nyata apa yang saya lihat amat menggelikan hati dan berjaya merubah pandangan dan tanggapan kepada dua huruf keramat di Malaysia ini terutamanya di kawasan Rembau. Tahukah anda apa maksud KJ yang sebenarnya itu? Yup…KOPI JANDA… heheh :) Jangan Marah..Kopi Janda dipasarkan oleh Janda Product Marketing (JPM). Menurut JPM menerusi laman webnya, antara misi utamanya adalah untuk memikul tanggungjawab sosial dengan membangunkan Janda (ibu tunggal) untuk menjadi usahawan di rumah (industri di rumah) dan bertanggungjawab memasarkan produk keluaran Janda sama ada produk makanan/minuman atau pakaian..Yaah right..!! Namun begitu ungkapan taglinenya ”..jemput minum Kopi Janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga..” tidak disenangi oleh sesetengah kaum wanita yang bergelar isteri.

Saya terdengar cerita salah seseorang mengenai kopi tersebut. Beliau yang kini sedang mengalami masalah rumahtangga apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain di tempat kerja. Hubungan mereka memang telah diketahui oleh semua kakitangan lain di tempat suaminya bekerja.

Tambah beliau lagi, mereka yang bergelar janda atau yang akan bergelar janda akan merasa malu, sedih dan rendah diri seolah janda ini adalah satu golongan yang boleh merampas suami orang. Bagi mereka yang bergelar isteri pula, apabila didapati suami gemar minum kopi ini seolah gelaran janda ini akan jadi kenyataan kepada mereka. Beliau mempersoalkan mengapa pihak syarikat JPM menggunakan jenama Janda sedangkan banyak nama lain boleh digunakan. Begitu juga ungkapan yang terdapat pada iklan tersebut yang seolah cuba melariskan jualan dengan cara yang ‘menggoda dari janda’..hhmmhh macam-macam..heheh :)

kopi

“BUKAN NAK MENGGODA CUMA NAK BERNIAGA….”

kopi-janda2

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

13 Responses to “Cerita Benar: Apakah Itu KJ?”

  1. Sazreena on March 18th, 2009 3:51 pm

    Pasal tu kena tau sesket pasal advertising.. bukannya leh ikut sedap nama jer..duit byk pun tapi kalau tak reti manfaatkan..rugi ah..kena amik port gak pasal culture sensitivity..Kesian kopi..tak pasal2 jadi bahan..bukan salah kopi dijual..

  2. mas on March 18th, 2009 4:11 pm

    ingat org jer leh jd janda kopi pun leh jd janda.. hish..hish..hish..

  3. ct markonah on March 18th, 2009 5:14 pm

    makner nyer…hanya duda or laki org je la leh minum kj nih…

    sebarang kopi akak x gemar….lg2 kj…menakutkan……

  4. Sazreena on March 18th, 2009 5:26 pm

    Kita layan kopi Hang Tuah la kak konah..lagi sodaaappp..silap2 boleh bersilat pastu…hehhehe..

  5. mas on March 18th, 2009 5:34 pm

    xpun kapal api….

  6. fayz on March 18th, 2009 9:06 pm

    kapal api? lepas tu boleh naik kapal dan berapi ke mas?? hehehe.

  7. lissa_arina on March 20th, 2009 10:25 am

    Kopi cap Televisyen pun best gak.. Cuma ada kat Johore jer x silap.. Lain rasa & aroma nye.. kalah nescafe.. ada sikit lebih kurang mcm rase kopi Kluang Station…

  8. mas on March 20th, 2009 10:39 am

    mas layan kopi super power tongkat ali hahahah.. (share dgn suami mls nk beli lain2)

    Fayz : bukan berapi jer hangusssss….

  9. lissa_arina on March 20th, 2009 10:42 am

    wah Mas.. nti Mas yg terlebih power.. leh ke org pmpuan minum tongkat ali? Jap2… terbayang2 caner pulak if lelaki minum kopi yg ada manjakani@serai wangi heheh.. lawaks..

    Lissa x pernah try kopi yg ada tongkat ali.. takut x sesuai dgn bdn pmpuan.. tapi if Mas dah kata gitu… leh ler merasa.. hehe..

  10. mas on March 20th, 2009 10:53 am

    xtau ler sesuai ker x sesuai kt bdn lissa sofa mas minum ok jer… tp org kater pompuan leh minum tongkat ali tp laki2 x leh minum kacip patimah coz faham2 jelah.. tp mas xtau betul ker x betul waallahuallam…

  11. lissa_arina on March 20th, 2009 1:27 pm

    heheh.. Dulu Lissa pernah tersilap bagi kopi pearl kacip pada hubby.. huhu.. dah seteguk dia kata lain.. tersilap.. sib baik x de side effect.. x kang haru jer..

    Camne rase kJ ni pulak ye..

  12. mas on March 20th, 2009 1:49 pm

    hahahahah… nasib baik sedo klu x, x dapek den nk nolong eeh.. mas x pernah minum pun.. klu leh xnk minum nnti hubby suker kt kopi ni cz tkt dgn nama kopi KJ abis nanti trus cari mak jan.. his..his.. jauhkan lah..

  13. lissa_arina on March 20th, 2009 2:10 pm

    heheh.. minta simpang malaikat 44..
    x sumer janda jahat.. cuma segelintir yg buat hal.. so org dah label kan Gen2 (janda) ni sumer penggoda..takut mmg takut la dgn nama janda ni.. nak2 janda berhias..tapi bkn sumer yg kaki penggoda..ada ramai juga yg baik2…cuma masyarakat dh tanamkan sifat anti janda@janda gatal .. co perception org sumer kata gitu ler… Mereka juga manusia..ada ht & perasaan.. If kopi je x pe kot Mas.. jgn dgn orgnye.. heheh..

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!