Apabila disebut sahaja akronim KJ, apakah yang terpacar di fikiran anda? Adakah Kak Joyah? Kuda Jantan atau Kak Jun? Adakah ia satu nama timangan kepada seorang pemimpin politik yang amat bahaya jika disebutkan di sini? Baru-baru ini saya singgah di sebuah kedai mamak di ibu kota. Nyata apa yang saya lihat amat menggelikan hati dan berjaya merubah pandangan dan tanggapan kepada dua huruf keramat di Malaysia ini terutamanya di kawasan Rembau. Tahukah anda apa maksud KJ yang sebenarnya itu? Yup…KOPI JANDA… heheh :) Jangan Marah..Kopi Janda dipasarkan oleh Janda Product Marketing (JPM). Menurut JPM menerusi laman webnya, antara misi utamanya adalah untuk memikul tanggungjawab sosial dengan membangunkan Janda (ibu tunggal) untuk menjadi usahawan di rumah (industri di rumah) dan bertanggungjawab memasarkan produk keluaran Janda sama ada produk makanan/minuman atau pakaian..Yaah right..!! Namun begitu ungkapan taglinenya ”..jemput minum Kopi Janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga..” tidak disenangi oleh sesetengah kaum wanita yang bergelar isteri.

Saya terdengar cerita salah seseorang mengenai kopi tersebut. Beliau yang kini sedang mengalami masalah rumahtangga apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain di tempat kerja. Hubungan mereka memang telah diketahui oleh semua kakitangan lain di tempat suaminya bekerja.

Tambah beliau lagi, mereka yang bergelar janda atau yang akan bergelar janda akan merasa malu, sedih dan rendah diri seolah janda ini adalah satu golongan yang boleh merampas suami orang. Bagi mereka yang bergelar isteri pula, apabila didapati suami gemar minum kopi ini seolah gelaran janda ini akan jadi kenyataan kepada mereka. Beliau mempersoalkan mengapa pihak syarikat JPM menggunakan jenama Janda sedangkan banyak nama lain boleh digunakan. Begitu juga ungkapan yang terdapat pada iklan tersebut yang seolah cuba melariskan jualan dengan cara yang ‘menggoda dari janda’..hhmmhh macam-macam..heheh :)

kopi

“BUKAN NAK MENGGODA CUMA NAK BERNIAGA….”

kopi-janda2


Blog Widget by LinkWithin