Tanpa disangka-sangka, penyanyi yang sudah merakamkan album, NAS ADILLA telah diundi keluar dari AF7 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Nas Adila membawakan lagu medley Merawat Luka Terpendam dipopularkan Liza Hanim dan melodi dangdut, Asyik, nyanyian asal Amelina. Persembahan pelajar lain adalah Yazid  menerusi (Lelaki Ini/ Anuar Zain, Fikirlah/ Aizat), Aril (Benar-Benar, Robot/ Adam), Qhaud (Bila Naik Saksi/ Spider, Lagu Untukmu/ Meet Uncle Hussein), Sidi (Selamat Ulang Tahun Sayang/ Imran Ajmain, Kukoo/ Ferhad), Obri (Akan Tiba/ Aliff, Ada Untukmu/ Nubhan), Hafiz (Cinta Ini Membunuhku/ D-Masiv, Toyol/ Aznil) dan Akim (Satu/ Dewa19, Buronan Cinta/ The Lima).  

 

Turut membuat persembahan adalah Rubisa (Dingin/ Ziana Zain, Gagap/ Stacy), Claudia (Ku Mahu, Wanita/ Siti Nurhaliza), Aishah (Coba/ Faizal Tahir, Gila/ Mila), Zizi (Sembilu/ Ella, Wonder Woman/ Mulan Jameela), Rini (Aku Sindarela /Amylea, Kiblatku/ Hazami) dan Isma (Jat Da Da Da/ Dia Fadilla, Hello/ Farah Asyikin).

 nas-adilla-af7

 


Blog Widget by LinkWithin