Tidak lama lagi Datuk Seri Najib akan mengumumkan barisan kabinet beliau yang baru. Timbul pelbagai persoalan mengenai polisi kerajaan dengan garisan memerintah yang pastinya cuba menghadirkan idea-idea yang baru yang mungkin munasabah atau hanya layak digelar sampah. Walau bagaimanapun sejak awal lagi, Datuk Seri Najib telah bertekad untuk mempertahankan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI). Walau apa pun keputusannya, terdapat banyak cara kerajaan dapat memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia dengan cara yang murah dan mudah!
- Adakan program belajar Bahasa Inggeris di TV – Jika nak jimat, gali balik program-program lama TV Pendidikan yang diterbitkan oleh BTP dan pastikan ianya ke udara sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Pastikan ada perkataan baru setiap hari.
- Edarkan kamus dwibahasa Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu secara percuma di luar bandar atau berikan subsidi di bandar.
- Adakan kempen menderma buku-buku atau akhbar berbahasa Inggeris yang tidak lagi digunakan untuk mereka yang berada di luar bandar.
Namun begitu usaha ini tidak akan berjaya jika masyarakat sasaran masih lagi banyak memberikan alasan untuk tidak belajar bahasa tersebut dan berterusan bersikap malas dan lebih suka berpelesiran ke sana ke mari. Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal, 18, seorang anak nelayan berjaya mendapat 20A (19A1, 1A2) dalam peperiksaan SPM 2008. Antara pelajaran yang beliau berjaya mendapat A1 adalah Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang dijawab dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu bagi saya orang yang sentiasa beri alasan orang yang berada di luar bandar akan terpinggir dan ketinggalan kerana kurang kemudahan adalah orang yang paling bodoh dan memang suka mensabotaj kemajuan diri sendiri. Diana Danielle yang duduk di bandar dan berdarah Mat Salleh pun Bahasa Inggeris tak dapat A1. Come on..people..who are we kiddin? Where there’s a will, there’s a way. I bet adik Nik Nur Madihah made full use of her English text book, some help from English story book, newspapers like the Star and English series on TV to improve her English.
NIK NUR MADIHAH DI RUMAH BELIAU YANG SUDAH USANG..BERJAYA MENDAPAT A1 DALAM PELAJARAN BAHASA INGGERIS DALAM SPM 2008




















at 8:26 am
The government should continue building more residential schools and MRSMs for the bright poor and creating more Rancangan Khas (RK) programmes in the established urban schools.
Those in the rural areas should strive to join these schools to better themselves.
at 11:13 am
Hendak seribu daya..tak nak seribu dalih..
at 11:30 am
ramai pelajar kita sebenarnya boleh memahami dan menjawab soalan peperiksaan di dalam bahasa inggeris, result mereka semua tip top…malangnya apabila diminta menggunakan bahasa inggeris di dalam perbualan harian atau sewaktu menghadiri temuduga, mereka gagal….kenapa agaknya???
at 6:54 pm
perkasakan bhs ing,iye,satu usaha yg cukup bagus.anak2 luar bndar dedahkan mrk dgn bi yg menarik.tp mate dn sains dlm bi?tlg kembali spt asal krn yg ada dpn mata ckup sadis.saper leh ajar mrk ni,you’re welcome….try sekali..
at 10:05 pm
huhu..masalahnya. memang ramai orang yg tak nak belajar..
at 8:52 am
kalau diajar dengan cara yang menarik, tentu ramai yang nak belajar…masing2 tau kepentingan BI tapi budak2 ni kena didorong…kaedah pembelajaran perlu dipelbagaikan baru boleh menarik minat dia orang…guru yang mengajar pun perlu kreatif dan semestinya perlu banyak bersabar…
at 8:59 am
boleh tak akak buat teknik menguasai bahasa arab????????????????????