Kini tiba giliran bandar Johor Bahru untuk menjadi tuan rumah Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) pada tahun ini. Bertempat di Padang B (carpark), Plaza Angsana, Johor Bahru, minggu saham ini berlangsung dari 18-27 April 2009 dari 10 pagi hingga 10 malam. Kebetulan saya berada di JB kerana menemankan isteri yang baru bersalin. Maka saya tidak melepaskan peluang untuk ke sana. Di sana saya juga berpeluang mendengar ucapan dari Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 dengan mendapat 20A. Majlis yang patutnya bermula pada pukul 3ptg telah dimulakan dengan lewat kerana kelewatan ketibaan Nik Nur Madihah yang ditemani oleh bapanya. Saya berhenti sejenak dalam kesibukan mendengar peluang pelaburan untuk mendengar apakah ilmu yang ingin dikongsikan oleh beliau. Apabila tib a masa beliau berucap, Nik Nur Madihah yang lebih selesa membahasakan diri sebagai kakak bingkas melontarkan aksi sebagai seorang penceramah bebas. Beliau menyifatkan kunci utama kejayaan beliau adalah amalan beliau yang tidak pernah tinggal solat 5 waktu. Dalam nafas yang sama beliau bertanya kepada pelajar-pelajar sekolah yang hadir sama ada mereka pernah meninggalkan solat! Bila ada yang mengatakan ada, beliau bertanyakan kenapa? waduhh..terkedu dan terkelu lidah adik-adik yang datang tadi nak menjawab soalan yang direct seperti ini. Ada yang berani memberikan alasan sempoi “tidak sengaja”. heheh..Nyata Madihah pintar berbicara sehingga terkeluar pelbagai petikan hadis dan sebagainya yang menjadi panduan hidup beliau. Jika kita di luar sini yang berpegang kepada kata-kata hikmat Mat Salleh seperti Robert Kiyosaki, Harv Eker atau Jack Cranfield, cukuplah kata-kata nabi dan sahabat yang menjadi panduan Madihah..Jadi kesimpulannya, sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Jika inginkan kejayaan serupa adik Madihah..
Perjalanan saya di MSAM 2009 diteruskan lagi dan sempat juga saya melabur di dalam ASW 2020 melalui EPF..Kiasu sungguh walaupun ASB tak penuh lagi. heheh..pada hemat saya, sementara ASW atau ASM masih ada (belum sampai kuota bumiputra) baiklah beli dulu sebelum menggigit jari..lainlah ASB yang ada kuota individu tersendiri. Tapi bila baca akhbar hari ini kuota bumiputra masih banyal lagi. Setakat ini hanya 7.65 juta dari 1.665 billion yang telah terjual..Baik cepat sebelum Datuk-Datuk dan Tan Sri terkam..sekian ..menulis dari JB..fayz













at 2:45 pm
Zaman skarang ni, susah nak cari remaja cam Madihah..tahniah kepada ibu bapa, guru2 yg berjaya mendidik Madihah menjadi pelajar contoh..well, I believe environment pun memainkan peranan..nasib baiklah dia ni istiqamah kuat..kalau taaakk.. selamaaat..
at 6:08 pm
Ye…aku setuju dgn sazreena. madihah patut ditonjolkan lagi kepade remaje skrg ni utk dijadikan contoh.
at 11:03 am
respect kat org2 susah mcm Madihah ni, wlu serba kekurangan tapi berjaya. Dah byk terbukti. Unlikely anak2 org yg senang, yg ada hp, laptop, myspace,tapi belajar ntah ke mana.. Dunia skrg x mcm dulu, pelajaran lebih utama daripada melaram.
at 3:49 pm
Tapi kan Gracie..aku dapat rasakan remaja yg kononnya hardcore modern urban ni..mesti tak leh terima dia. Channel lain beb. Nak plak yg suka hiburan terlampau dan lagha..takde internet satu hari, dah menggelupur..tak g party..badan sakit2.. takleh senaman..agaknyalah..kalo dorang kat tempat madihah..mau mati keras dorang ni..takleh nak clubbing, rave..last2 ke Golok..huhai..
at 4:33 pm
harap-harap madihah masuk politik perjuangkan kebenaran ..heheh
at 10:03 am
kena highligh nama sekolah dia tu..
MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KOTA BHARU
JLN MERBAU..ok
sekolah yg dh byk mlahirkan plajar2 cemerlang yg bwatak sperti Madihah…cemerlang dan balance dunia akhirat.
at 12:50 pm
salah seorang nyer akak…..kelles gitu…..