Seorang jejaka MELAYU telah lari tanpa baju (bogel) kerana mengelak dari pasukan tangkap khalwat pejabat agama. Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin. Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu. Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang mongel dan seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.
Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.
Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik. “Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ. “Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.
Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.
Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni. “Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.
[MINAT KEPADA SCHA AL-YAHYA - KLIK SINI]
“Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya. Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi. Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen. Perempuan terbabit adalah seorang bekas pengacara dan penolong penerbit sebuah drama. [Hmetro]
Adakah anda boleh teka siapa jejaka ini? Clue nya, pelakon drama cerita seram, kekasih bekas pengacara dan seorang penerbit drama.














at 11:03 am
sape ye???????
at 11:47 am
fhaz kot…
hehehehehe…. :p
ntah laa x dpt teka saper yg d maksudkan..
at 2:18 pm
siapa dia? nape x hambaq…baik x usah cite kalu x mau bg tau…huhu
at 2:57 pm
Tak kuasa aku nak teka..tunggu masuk mahkamah jer..
at 5:54 pm
erm…agak2 spe la erk!!!
klakar la plak,huhu…mase bace paper tu terkjt aku..
erm,yang bez nye,bleh ckap tunang sbg alasan..ingt tunang da pas ke nk wat tu semue..tp aku xnk ckap kat org kan..manusia semua sama..mmg aku nk tahu sgat2 sape artis tu..msalahnye da tahu awk tu artis,jge la emej ckit..wat mlu industri je..klau nk sgt kwin je..xda org nk kcau..
at 9:59 pm
dorg tu islam ke???tak malu ke buat cam tu..dunia nak kiamat ni…sedarlah oiii….mcm2 dah tanda2 nak kiamat ni…minuman haram mcm minuman birkabonet…gmana tu???
at 6:18 am
sape eh…aku ni lembab sket tang kawat cam ni…wehh…tolong lerrr….sape eh…
at 7:47 am
jeng3 kita tunggu saje masanya,mereka akan pergi ke mahkamah…kita lihat sape yang kena.
at 8:23 am
Perosak bangsa melayu!!!..
Dah kebal sangat ke kulit tu nak masuk Neraka???..
Nauzubillah..
at 8:50 am
sapa tu…. biasalah artis.. buat tak malu lepas buat tahu pulak malu… salah media bongkar kisah mereka sama juga dgn kes ustaz tu..dan penyanyi tu,,,,,
yg merana keluarga mereka…. sendiri mau ingatlah..
at 9:48 am
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda..syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi..IMAN lah penyelamat..dunia penuh pancaroba..
at 6:05 pm
Hmm… tak lama lagi kita akan tau jugak sapa orangnya… Astaghfirullahalaziiimmmm…
at 12:55 pm
lor takkan korang tak tahu?????????hahaahahah aku pun tak thu gak…..tak pelah wat per nak thu pun.kita nie sebagai manusia biasa ada silapnya…..apa2 pun artis nie sepatutnya role model kpd umum tp erm ntahlah……
at 5:41 pm
takkan tak tau..
nama die…
jeng jeng jeng…ntah…
yg aku tau nyer mamat ni bakal di cemuh masyarakat..
mintak2 masyarakat jgn lupa..
cam kes norman hakim tu pn, cam dah senyap jek..
tgk tv selalu nampak jek muke mamat tu..
chet
nie geng2 norman hakim la ni.
at 8:55 am
emmm….
ak rasa ak dh tau…
anak khatijah tan la….
at 10:50 am
Berani buat berani tanggung
at 10:40 pm
alahai bestnye dapat buat maksiat. sekali cuba pasti nak lagi. korang tak pernah cuba sebab tu asyik nak marah2 je. heheheheh jangan marah!!!!!!!!!
at 10:42 pm
oh ye. jgn la tuduh orang sebarangan. siasat la dulu oiiii! sajer2 je nanti dapat dosa
at 12:27 pm
gondol…maknanya org yg diaorg tuduh tu, ko ya…hahaha..kantoiii…
at 4:17 pm
wakakak… padan r dengan muka mamat to!!!!!
at 12:55 pm
sampai skrg x tau sapa yek..x de pun kuar cite ni kat paper@berita..
at 7:32 pm
akulaa tu
at 2:48 pm
nak tahu ke?sapa mamat tu yang jadi host untuk pemburu hantu..aaaa, tu lah dia..rambut curly2 tu…dia dgn penerbit dia lah tu..