Nampaknya kemelut “Datin Amelina” bersama rumah sewanya menjadi semakin panas semalam apabila pihak tuan rumah cuba mengosongkan rumah sewanya berdasarkan perintah mahkamah. Pada 24 Jun lalu, tuan punya rumah, Ravi telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Majistret di sini untuk mengusir Amelina setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan. Ketika ditanya mengapa Amelina dan suaminya gagal menjelaskan sewa rumah, mereka berkata ini adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan bil elektrik yang tinggi sedangkan mereka tidak banyak menggunakannya sebegitu banyak. “Bayangkan sebulan bil elektrik mencecah seribu ringgit, apa ingat rumah kami ini disko ke? Sampai bil boleh jadi sebanyak itu.
Laaa..komen kami…jangan salahkan nyamuk, bakar kelambu..jangan cakap kereta sewa anda ada problem dengan aircond, tetapi anda masih terus belasah jea guna kereta tu dan terus tak bayar sewanya..Sekurang-kurangnya, serahlah balik kereta tu..supaya tuannya dapat menyewa kepada orang lain yang sanggup tidak pakai aircond..begitu juga halnya dengan Amelina..mengapa tidak mengadu kepada TNB? Itulah yang sewajarnya..TNB ada pegawai khas yang boleh memeriksa apakah peralatan di rumah yang memakai banyak tenaga elektrik. Aircond, lampu spotlight di luar rumah..Jangan tak bayar sewa rumahnya sehingga menyebabkan tuan rumah menanggung kerugian. Kata Amelina lagi..
“Kami telah dikelirukan… kami akan membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Laa bawakla ke peringkat TNB dulu..Kalau TNB pun kata bil elektrik munasabah…barulah keluar rumah jika anda ingin memprotes bila bil mahal. Mungkin rumah itu ada hantu elektrik..Bukan terus menerus tinggal di situ….You are governed by tenancy agreement. and the landlord has the right to exercise his right under the tenancy agreemeny and respect should be given for this legal document. Amelina dan suaminya mula menyewa rumah di Jalan Anggerik Oncidium, Kota Kemuning Shah Alam dengan sewa RM2,700 sebulan pada bulan April tahun ini. Namun pasangan itu gagal melunaskan sewa rumah sebulan selepas itu. Tujuan kami menulis ini bukan berniat untuk memalukan Amelina atau sesiapa, tetapi sebagai peringatan kepada mereka yang enggan membayar sewa rumah, dan banyak komplen tentang rumah tersebut, tetapi yang peliknya tidak mahu keluar dan duduk rumah lain pula…Camno tu???


















at 6:39 am
minta maaf kepada amelina jika kami menegur..tetapi agar semua bahagia…
at 8:19 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Lama tak dengar cerita Amelina ni,tup-tup kuar cerita,kena halau dari umah sewa..ape nie??
Ape pun,sabar ya Amelina..
jalan terbaik,biar mahkamah yang tentukan..
at 8:45 pm
Nampak mcm nak menegakkan benang yang basah….
at 11:16 pm
ermmm…biar papa asal bergaye…ape cerite???tepuk tetek, tanye tuan empunye diri best ke tak nye..hehehe
at 11:53 pm
aishh tak abish-abish..balik2 tetek jugak yang kena tepukk..nadia..nadia..heheh
at 12:17 am
biase la 2…bl pk balik, buatpe sewa smpi rm2700, baek beli je sebijik banglo…rumah sendiri..lg bgs..skt pale cmpr skt ati bl penyewa x byr sewa tau…arghhhhhhhhhhhh..aku sdg mengalaminye….
at 7:27 am
Dah tak mampu, nak gak sewa banglo..hambekk…
at 10:36 am
kesian Amelina,semoga sabar menghadapi dugaan hidup.terpaksa ikut kehendak suami.untuk suami Amelina tu lain kali ukur baju di badan sendiri.
at 4:44 pm
aku tak kesian padan muka..dah kahwin x da restu keluarga..anak durhaka…
at 11:16 pm
org tue2 de berpesan..ukur baju kt badan sendiri..jgn dok g ukur kt badan org laen lak…pape pun segala kesusahan akan berlalu..jadikan iktibar..