We received an email today from our dear friend Malaysia’s proflic writer, director and producer Nizam Zakaria who has been busily promoting his telemovie Laila Sari. Kisah mengisahkan Laila, salah seorang dari dua puteri dalam kerajaan Buni. Satu hari Sari (Chomell Fana) telah dikejutkan dengan berita ayahanda mereka yang mahu mengahwinkan Laila dengan Maharaja Jati dari kerajaan Buni Tiga. Sari cuba menasihati Laila agar tidak terburu-buru berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Namun Laila langsung tidak pedulikan kebimbangan Sari. Kerana risaukan Laila, Sari telah bertemu dengan ahli nujum istana (Tam) bagi mendapatkan tilikan. Ahli nujum mendapati Laila bakal dikaburi dengan sikap gila kuasa dan akan bertukar menjadi seorang Maharani yang kejam. Demi kesejahteraan rakyat dan rasa sayangnya pada Laila, Sari bersetuju dengan cadangan ahli nujum untuk membuang  Laila ke bumi.

liyana-jasmay-puteri-bunian

Di bumi, Laila telah bertemu dengan seorang lelaki, Izwan (Erry Putra) yang mempunyai impian untuk menjadikan rumahnya sebagai pusat perlindungan bagi anak yatim. Namun Izwan sering dihimpit kesusahan kerana diganggu oleh Ah Long.Telemovie komedi romantis dan fantasi ini adalah lakonan Liyana Jasmay, Erry Putra, Tam Suhaimi dan Chomell Fana. Ia arahan Ghaz Abu Bakar hasil garapan skrip Nizam Zakaria.

Dikatakan babak yang paling kelakar adalah bahasa bunian yang digunakannya yang merupakan gabungan Tagalog, Latin dan bahasa Melayu klasik.

laila-sari-chomell-fana

Difahamkan dari penerbitnya, telemovie ini sebenarnya diilhamkan daripada filem Walt Disney, Enchanted yang mengisahkan puteri dongeng termasuk ke dalam dunia moden.  Laila Sari yang akan ditayangkan di Astro Ria, Sabtu ini jam 10 malam melalui slot Layaria. [source]

laila-sari-poster

Mari menonton ramai-ramai dan berikan komen anda di sini yek..


Blog Widget by LinkWithin

Tags: , ,