Malam ini akan berlangsunglah upacara kemuncak gilang-gemilang, lip-lap lip-lap FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22 (FFM22). Sebenarnya FFM22 telah bermula pada 5 Ogos lalu dan beberapa keputusan telah diumumkan. Antaranya adalah: Pelakon Harapan Lelaki iaitu Zahiril Adzim menerusi filem Kami The Movie, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Mohd. Hadziq (Syurga Cinta), Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi oleh Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan) dan Poster Terbaik dimenangi oleh filem Histeria. Filem Geng Upin Ipin: Pengembaraan Bermula pula telah dipilih memenangi Anugerah Filem Box-Office selepas mengaut kutipan tiket RM6.2 juta sewaktu ia ditayangkan di pawagam baru- baru ini.

INGIN BELI PASANGAN PENGANTIN ANDA? KLIK SINI

Yang akan menjadi perhatian malam ini adalah pertandingan bagi kategori Pelakon Wanita terbaik yang menaruhkan Nabila Huda Amy Search (Bohsia), Liyana Jasmay, Nadia Mustafar (Jangan Tegur), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza (Syurga Cinta). Juga dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang membabitkan Scha Al-Yahya buat pertama kalinya untuk Papadom.

UPDATE:

Anugerah Perdana
Filem Terbaik
Papadom

Pengarah Terbaik
Yasmin Ahmad (‘Talentime’)

Pelakon Lelaki Terbaik
Afdlin Shauki (‘Papadom’)

Pelakon Wanita Terbaik
Liyana Jasmay (‘Papadom’)

Lakon Layar Terbaik
Yasmin Ahmad (‘Talentime’)

Cerita Asal Terbaik
Afdlin Shauki (‘Papadom’)

Sinematografi Terbaik
Mohd Nor Kassim (‘Setem’)

Filem Komedi Terbaik
Los dan Faun

Anugerah Cipta
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mohd Shafie Naswip (‘Talentime’)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Salina Saibi (‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Mohd Hadziq (‘Syurga Cinta‘)

Pelakon Harapan Lelaki
Zahiril Adzim (‘KAMI The Movie’)

Pelakon Harapan Wanita
Jaclyn Victor (Talentime)

Pengarah Harapan
James Lee (‘Histeria’)

Anugerah Khas Juri: Filem Box Office
Geng: Pengembaraan Bermula

scha-nabila-huda-ffm22-2009

INGIN BELI PASANGAN PENGANTIN ANDA? KLIK SINI


Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , , , , , , ,