Alhamdulillah selepas beberapa tahun bermadu asmara, mereka akhirnya telah berkahwin. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang. Ohoh..now I know, Si Liza nie rupanya orang Penang..Sebab Ajai nie orang JB. Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.
Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry. Pada majlis akad nikah itu, pasangan tersebut menggayakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.
NOTE: Baru-baru nie, kami di syokkahwin.com ada menerbitkan cerita pasal simptom dan penawar H1N1, dan selang beberapa hari selepas itu, keluar pula posting di blog hiburan lain mengenai H1N1..kelakar betul lah korang nie..cubalah cari idea lain..Tapi bangga juga Syokkahwin.com telah menjadi inspirasi dan rujukan blog-blog hiburan lain yang utama di Malaysia termasuk gua.com.my..huhu..
Sesiapa yang nak kahwin free tunggukan post kami seterusnya..Tak lama lagi pihak Syokkahwin.com dan pihak Utusan Malaysia akan melancarkan sebuah peraduan yang diberi nama GERBANG CINTA UTUSAN MEGA!!!! Tunggu yaaa..

















at 7:33 pm
Tahniah…Ajai dan Liza Selamat Pengantin Baru..semoga berkekalan keakhir hayat.
at 9:47 am
nice n simple punya busana pengantin. rizalman memang menjadi sokmo…
at 6:54 pm
Tahniah Ajai and Liza….
at 7:40 pm
aku lagi menyampah mangkuk sorang..perasan bagus..cakap pun macam budak2
at 12:05 am
Tahniah… Ajai and Liza… Selamat Pengantin Baru.Untuk Ajai semuga perkahwinan kedua ini akan berkekalan hingga keakhir hayat….Amin…
at 8:53 am
walaupun liza tua 2 thn, tapi reality nampak ajai jauh lebih tua dpd usia sebenar…tapi pelat hahahaha
at 9:56 am
kahwin pertama dengan anak penang.. 2nd pun penang jugak. Jgn jadi yang sama hendaknya yeee. Hope u happy…
at 3:28 am
elok lah tu….
at 10:18 am
dengan ajai dah lama x balik kampung nurul…mungkin ada disebalik nyer kot???mane tahu liza 1 kampung ngan nurul???name pun pp…..