PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia - Anda Ingin Kahwin PERCUMA? : Syokkahwin.com

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia - Anda Ingin Kahwin PERCUMA?

Posted on August 19, 2009
Filed Under [G] Malaywood

Tadi bermulalah titik tolak baru di dalam kehidupan Syokkahwin.com. Inilah pertama kali pihak kami terlibat di dalam peraduan perkahwinan di peringkat nasional (Malaysia). Selepas menjadi laman web rasmi kepada PAMERAN PERKAHWINAN 2008 dan 2009, penaja kepada KIDCHAN STUDIO, menulis buku terbitan Truwealth Sdn. Bhd., pihak kami dengan berbesar hati mengumumkan penglibatan kami sebagai laman web rasmi PERADUAN GERBANG CINTA anjuran MEGA UTUSAN MALAYSIA. Peraduan telah dilancarkan dengan gilang-gemilang pada pagi tadi di MALAYSIA AGRICULTURE EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS) dirasmikan oleh isteri kepada YBhg. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Hajjah Norainee Abdul Rahman.

Peraduan ini terbuka kepada semua mereka yang masih bujang dan akan berkahwin buat kali pertama. 10 pemenang akan dipilih dan pemenang utama akan berjaya mendapatkan tajaan perkahwinan berupa tajaan majlis perkahwinan di Kg. Pengantin Kuala Lumpur, katering, andaman dan solekan, gubahan hantaran, percutian di luar negara, hadiah tetamu, pelamin, busana pengantin dan banyak lagi. Sungguh asyik masyuk kan? :) Semuannya PERCUMA! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan borang penyertaan, silalah membeli akhbar UTUSAN MALAYSIA esok (Khamis, 20/9/09). Anda boleh mendapatkan borang di dalam sisipan MEGA. Peraduaan bermula dari esok hingga 20 Oktober 2009.

LOGO-UTUSAN-MALAYSIA

pengantin-gerbang-cinta-isteri-muhyiddin-yassin

pelamin-orked-bridal

gambar-pengantin-scha-yahya

KAHWIN OLOK-OLOK..YANG PEREMPUAN TU MASIH SINGLE TAU!! :)

isteri-muhyiddin-yassin-puan-sri-norainee

BERSAMA PUAN SRI NORAINEE, ISTERI KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

dayang-nurfaizah-gerbang-cinta

TETAMU JEMPUTAN - DAYANG NURFAIZAH

Barisan penaja-penaja selain dari Syokkahwin.com. Mungkin anda pernah dengar nama-nama hebat mereka ini. Mereka adalah orang-orang di belakang tabir majlis VIP, selebriti dan banyak lagi majlis-majlis perkahwinan yang hebat yang lain.

syokkahwincom

orkedbridal

ORKED BRIDAL - ART AND DECORATION

afidahkhamis

AFIDAHKHAMIS - MAKE UPS AND STUFF

mastar catering

MASTAR CATERING

kg pengantin

KG. PENGANTIN

maeps2

MAEPS

picturelementslogo

PICTURE ELEMENTS PHOTOGRAPHY

ra-logo

RUMAH ACARA

T&T

T&T BOUTIQUE

QM WORLDWIDE

QM WORLDWIDE

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.



Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

16 Responses to “Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia - Anda Ingin Kahwin PERCUMA?”

  1. sha on August 21st, 2009 4:38 pm

    borg tuh nk dpt ktner?? biler kua nyer?? 20/8/2009 ker 20/09/2009 ?? confius…

  2. izan on August 22nd, 2009 11:04 am

    selain dari dalam akhbar borang tu blh ambil kat mane…klu dalam akhbar borang tu pada akhbar yg kecik tu ker?

  3. melayu on August 23rd, 2009 8:55 am

    hehehe syok nyer…tapi saya dah kawin tahun lepas… apapun.. pasti seronok…

  4. bella on August 24th, 2009 12:53 pm

    hello..
    program ni macam mana? xfhm la..bf i org luar negara..bley join ke? ;) kitorg mmg ade problem utk kahwin..hehhee

  5. fayz on August 24th, 2009 9:21 pm

    hii bella sila ke http://syokkahwin.com/gerbangcinta untuk maklumat lanjut ekk..

  6. bella on August 24th, 2009 10:22 pm

    thx fayz..so i have to collect 50 kepala surat khabar tu..but i da terlepas byk ari..mcm mane? program ni memerlukan i n mybf ikut ape2 kursus ke? my bf is living in out of our country..waaaa;(

  7. mimi on August 26th, 2009 12:54 pm

    alaa…sy baru je baca ni..
    boleh lagi ke masuk program ni…??
    kecewanye..huhuu

  8. fayz on September 3rd, 2009 1:45 pm

    boleh semua yang belum kawin lagi boleh masuh..

    boyfriend kena balik malaysia kena interview kalau terpilih 25 pasangan terakhir..

  9. Fitri Ayob on October 1st, 2009 1:50 pm

    tlg jawap persoalan bella ttg : kepala suratkhabar yg dah terlepas tu.. aku ada masalah yg sama gaks.

  10. mimi on October 1st, 2009 5:53 pm

    saya memang tak dapat join…
    saya kawen ujung taun ni…dah tak sempat… =(

  11. syA7 on October 10th, 2009 1:36 pm

    myfREn hElMi(EL)jdI pnGaNtIn lAkI..sEngAl tIpU kTa dH kAwIn..;D

  12. Ernie on October 20th, 2009 3:30 pm

    Biler Keputusan nyer keluar yerkkk….

  13. yatie on October 27th, 2009 10:29 am

    Bila keputusannye keluar nie?? x sabar nak tau la

  14. ren on November 4th, 2009 4:10 pm

    tlg jawap persoalan yatie ttg : keputusan peraduan ni. aku ada masalah yg sama gaks……. x sabar nk tau

  15. yatie on November 4th, 2009 5:40 pm

    tu la..bila agaknye keputusan nk keluar ne..??

  16. aina on November 7th, 2009 12:57 pm

    1st of all, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tunang saya…Mohd Afandi Mohd Isa di atas inisiatif beliau untuk menyertai peraduan gerbang cinta anjuran UTUSAN dan juga kepada semua penaja yang profesional dalam bidang masing-masing iaitu Orkid Bridal House, Picture Element, Mastar Catering, T&T Boutique, Afidah Khamis Make Ups and Stuff, Kampung Pengantin, Rumah Acara, QM Worldwide Holidays dan Maeps. Saya bersyukur dengan rezki yang diberikan dan alhamdulilah saya dan pasangan terpilih dalam senarai 10 pemenang yang dipilih. Kami berdua berharap melalui pertandingan ini kami berdua dapat merealisasikan impian perkahwinan kami. Insyaallah kami akan cuba untuk membuat tugasan yang diberikan dengan baik. Semoga Ikatan yang terjalin antara kami semakin utuh dan berpanjangan sehingga ke akhirnya. Kenangan penyertaan kami dalam peraduan ini akan sentiasa menjadi detik yang tidak akan saya lupakan.Apa yang berlaku bagi saya tidak ubah seperti kisah cinderella. Saya berharap impian saya dan pasangan mejadi kenyataan…

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO YOUTUBE-LOGO
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!