Mari kita dengar sebahagian dari lagu-lagu dari Album Tahajjud Cinta Datuk Siti Nurhaliza. Album ini memuatkan lapan buah lagu berbentuk Rohaniah iaitu ‘Asma Ul Husna’, ‘Ku Percaya Ada Cinta‘, ‘Pintu Rindu’, ‘Tahajjud Cinta’, ‘Batasku Asaku’, ‘Ya Rasulullah’, ‘Ketika Cinta’ dan ‘Selawat’. The long awaited album was published by Suria Records. Alhamdulillah..Mari kita banyak-banyak bersalawat dan membaca Al-Quran pada bula puasa nie..

Lirik Lagu Tahajjud Cinta – Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

ASMA UL-HUSNA

MAJLIS PELANCARAN ALBUM TAHAJJUD CINTA DATUK SITI NURHALIZA


Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , ,