Nampaknya angkasawan wisata kita Dr. Sheikh Muszaphar akan menamatkan zaman bujang trang tang tang beliau pada 10 Oktober 2010 (tahun depan). Dr. Muszaphar, 37, memberitahu bahawa paling istimewa tarikh pernikahan tersebut dipilih sebagai memperingati detik bersejarah sempena ulang tahun ketiga beliau ke angkasa lepas.  Katanya, beliau bertolak ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Angkasawan_UKM12

Beliau akan mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina Mohd. Yunus pada 1 Januari tahun depan.Mengimbas detik manis pertemuan dengan gadis pilihannya itu, beliau mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya itu sejak mula berkenalan.

”Dr. Halina pernah menjadi murid saya sewaktu dia menjalani latihan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ketika itu saya menjadi pensyarah di sana. Saya tidak mementingkan kecantikan luaran seseorang wanita. Bagi saya kecantikan dalam sangat penting. Ciri-ciri itulah yang ada pada beliau yang menambat hati saya,” ujarnya terus terang.

Begitulah gamaknya nak memikat seorang encem macam Dr. Sheikh Muszaphar. Bahagian dalam mesti memancar, bukan yang didepan di dadakan! :) . Berita ini juga menangkis dakwaan mereka di luar sana yang mengatakan Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang GAY.. Subhanallah! Dr. Halina, 29, yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu kini bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Selayang. Dr. Sheikh Muszaphar kini sudah membuka klinik sendiri di gedung membeli belah mewah Starhill, Kuala Lumpur yang diberi nama Dr. Sheikh Muszaphar and Partners Clinic. Tentu sekali ramai wanita yang datang kerana sakit jantung hati.. ehek..

dr-sheikh-muszaphar-dr-halina-nikah-kahwin2

[GAYA PANAS DR. SHEIKH MUSZAPHAR - KLIK SINI]


Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , , , , ,