Perkahwinan Damian V.E. dan Nadia Dayana Mohd Yahya Tak Sah!
Posted on October 19, 2009
Filed Under [G] Malaywood
Damian Mikhail Seet, 31, dan pasangannya, Nadia Dayana Mohd Yahya (Nadia), 21 dikatakan tidak sah! Kata bapa Nadia, “Semua ini satu penipuan yang di buat lelaki ini. Akad nikah tidak berlaku. Saya tak tahu apa motif dia. Bagi saya, orang yang waras akal tidak akan buat ’statement’, buat benda ni tanpa berjumpa keluarga. Dia telah menipu gadis yang keluar sekolah, dan pengaruh anak saya dan anak saya turut saja.” Mengenai kenyataan Damian sebelum ini yang perkahwinannya dengan Nadia tidak mendapat restu keluarga, ayah Nadia menjawab, “Dia tak datang jumpa sekali pun dengan saya dan saya tak pernah kenal dia, macam mana nak beri restu? Restu untuk apa? Mereka kata saya bantah tapi saya bantah untuk benda yang takde. Mereka kata mereka dah nikah. Di mana buktinya?”
Tentang dakwaan Damian yang perhubungannya dengan Nadia di halang keluarga, balas ayah Nadia, “Dari awal cara benda ini berlaku sudah tak betul, melanggar peraturan dan adat orang Islam dan Melayu. Jika dari awal sudah tak betul, macam mana nak restui?
“Saya tak halang tapi benda ni tak datang pada saya, takde perbincangan, saya tak tahu latar belakangnya dan saya tak tahu ada perhubungan. Tiba-tiba ada akad nikah, resepsi dan berita saya jatuh sakit. Itu penipuan namanya.” Ayah Nadia juga membetulkan laporan media sebelum ini yang mengatakan anaknya itu berusia 21 tahun padahal dia hanya berumur 19 tahun.
Turut dikongsi ayah Nadia, SMS yang telah di hantar Damian kepadanya.
“Salam. I haven’t done anything wrong and if you want to call and threaten me macam tu, so be it. When you want to know the truth, demi Allah, I’ll give it to you. But don’t pre-judge people based on fitnah. I have nothing to hide. Kalau nak jumpa, bagitau je”. (So bapak Nadia dah jumpa belum??)
I’m not asking you to marry me to your daughter but if you want the truth, we can meet. Do a background check on the “people” that kononnya are telling you the so-called truth.
Jangan menganiaya orang macam ni. I’m sorry but I didn’t know your daughter didn’t tell you or talk to you about getting married. I was under the impression you knew. Lagipun, I don’t know much about the culture.” (Rasanya Indian culture, Serani culture, Islamic culture all the same, Damian, you need to see the parents before marry the girl).
“Dia hantar SMS menafikan semua yang telah dilaporkan dalam media. Dia kata saya dah tahu semuanya, jadi dia pun membuat majlis nikah, resepsi dan sebagainya. Biasanya orang nak nikah ni akan berjumpa dulu dengan ibu bapa mertua tapi ini tak berlaku.
“Sekarang dia tuduh anak saya yang rancang semua ini, walhal dia yang beri kenyataan pada media dan hantar gambar. Saya cukup risau masa depan anak saya dengan orang macam ni. Siapa pun tak setuju anak mereka dengan orang yang berkelakuan seperti ini, dari awal dah menipu.”
Tambahnya, Nadia telah banyak berubah sejak bertemu Damian. “Dia tak fokus. Bila tanya sesuatu, dia hilang ingatan. Dia bukan anak yang saya kenal macam dulu. Saya syaki ada benda halus.
“Sewaktu anak saya keluar rumah dan duduk dengan kawan-kawannya, kami tiada masalah. Tiba-tiba, dia terpengaruh dengan lelaki ini. Kita tahu pun (perhubungan Nadia dan Damian) apabila keluar laporan dalam media. Kita terperanjat dan saya cari anak saya. Anak saya anak baik mustahil dia akan buat benda ini. Memang ada unsur-unsur halus.”
Ayah Nadia juga memaklumkan bahawa dua laporan polis telah di buat terhadap Damian dan tindakan akan di ambil ke atasnya. Malah, dia juga memberi amaran akan “mengambil tindakan undang-undang keras dan jantan ni akan terima balasan untuk segala perbuatannya.”
Other Hot Posts
All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.
Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!
15 Responses to “Perkahwinan Damian V.E. dan Nadia Dayana Mohd Yahya Tak Sah!”
Leave a Reply









































lawa nadia tu eh..sygnya budak lg dh mudah terpengaruh…knp duduk asing dgn family?adehhh..ni lagi satu anak gadis Islam dipengaruhi unsur2 lain… wallahu’alam…na’uzubillah…
Masa dia on air kt TV3 buat statement akan berkahwin setelah dia memeluk islam rasa x sabar sgt nak tgk dia sanding. Tup2 kuar cete camne.. Hampa perasaan semua ibu bapa bila org yang nak anak kita x dtg jumpa kita sdr. Xkan xleh fikir..cuba bayangkan kalau awak tu ibu bapa. Mcm xde emak bapak plak mamat nie…
Lg satu..Nadia tu mmg cantik tu yg mamat ni xnak lepaskan.
tulah manusia cinta punya pasal lupa adat,lupa agama,lupa mak yg melahirkan kita….sedih sungguh bila bangsa lain permainkan agama & bangsa kita.
ala kalo tepuk sebelah tgn xkn menjadi…aku rs minah nadia pn 2×5…kalo btl2 die kene buatan mst lgsg xknl mk bapak die n myb lgsg xblk umah…renung2kn n selamat beramal…hehehe
btl tu mama75, chee sokong sgt..nk anak dara org kena la ikut adat2 nye..xkan nk bwk lari camtu jer…
klu nk kate xtau, rasenye kaum mne pn kalu iye pn nk kawen ke nk kawn2 mesti dtg jumpe kuarge dlu ye dak?
aler minah nih pun sama jerk rasanyer… kalo la betul si damien tatau pape… ngape si minah nih tak bitau dia selok belok adat dan agama kite???
Lawa tapi takde otak watpe..hal keluarga, baik la settle bebaik..tak yah nak kecoh satu malaya..buat malu diri sendiri jek. Nanti org kata tak pandai jaga anak, anak plak dah gatal nak berlaki..kuarga sanggup dibuang ke tepi.
si nadia memang cantik ye.si damian ni mesti ada udang di sebalik batu.tuhan je yang tahu apa yang tersirat.dah lah tak hormatkan budaya orang lain, suka hati dia je nak kahwin koboi macam tu je.ingat anak orang tu anak ayam.hmmm…
lol..this whole thing sounds ridicilous.. 31 YEAR OLD should have more brains..and what about culture? find it hard to believe that damians parents did not teach him about respect. In every country and every culture I believe its the norm that ppl who are dating meet the family 1st.An old man like him has no brains to think?? and to blame it all the girl?? BRAVO damian u have outdone yourself. Now the whole country knows how dumb you really are.
Mamat Damian nie mmg kerek semacam. Kat Facebook dia suka cakap org monyet la..beruk la. Macam bagus sangat. Dia nie dgn bapak dia mcm ada sesuatu project saja2 masuk Islam dan nak menghancurkan umat Islam. Aku rasa kena beware this guy and his family.
Dalam Melodi smlam, bapak Damian ckp anak dia mangsa tak pasal2 yg pompuan kena tanggung. PK logik kalau kau nak kahwinkan anak kau mestilah nak kenal kluarga besan kau. Klu Nadia anak penagih dadah kau tangkap muat aje janji anak kau kahwin? Nak buat majlis pun mesti nak bincang masa & tempat terutamanya di pihak perempuan. Mcm pihak lelaki plak yg control semua. Bila ckp mcm kena guna2.. marah & kecil hati tapi cuba renung balik..
1. Majlis dah arrange masa & tempat.. pihak mana yg arrange?
2. Masa nk buat majlis baru nak kenal kuarga besan ke?
3. Xkan tak tanya Nadia emak bapak dia mana? Kalau Nadia beri jawapan yg tak munasabah xkan nak teruskan majlis?
4. Mana pergi kretibiliti Damian yg nak jadi suami arrange masa dpan org yg nak jadi bini dia? Klu dah tgk bakal isteri kau lupa kluarga xkan xleh pk & buat bodoh aje? Masa on air kt TV boleh ckp nak kahwin tp jadi camni bapak plak yg jawab.
Si Nadia plak dah menggatal sgt ke sampai mak bapak tolak ke tepi. Emak bapak didik elok2 selama 19 tahun dalam sekelip mata aje buat mereka malu. Banggalah pada diri sdr kerana berjaya malukan kuarga mcm nie. Esok2 dpt anak jgn lupa cete nie semua pd anak2 supaya nanti anak kau plak rasa benda nie semua tak apa kalau buat. Entah2 masa anak kau buat, kau pun tak tau dia dah kahwin sebelum dduk PMR… dan masa tu baru kau tau anak kau kahwin dgn anak penjenayah yg dikehendaki. Perabih masa & duit emak bapak aje besarkan anak mcm nie
nok kawin pown susoh.xkawin pown susoh..dah taw bangsa laen nk kawin ngn anok melayu belajor le sengal,,,yang bodoh sangat xnk jumpa bpk nadia 2 pe hal????terang2 nmpk tkt mcm da wt salah…..
hard to believe… quite dissapointed with damien,
Love may blind you, but what about responsible. If what damien has for nadia is pure love, then he wouldn’t have handle things like this like it’s no big matter.
Marriage is no joke, people think thoroughly bout this kind of thing. How is it possible to live with nadia without the father’s blessing? What now? Divorce?
I really think that he should apologize and mend his relationship wif nadia’s father. Then only, can he remarry this girl. Unless, it is not really ‘LOVE’ that he has for nadia.
damian is not gentleman at all..this conman is to much
damian doesnt think like an adult…now he started to blame people (his friend)….this conman never learn…he started with lies…so many lies and now he has to cover up everyhitng and it will be very complicated…the story line looks really dumb…n u too look dumb on TV babe..y u keeps telling lies..y u r not just come out with the truth..people are forgiving…maybe some of his fans will blindly accept that someone try to make up story…but u cant simply hide this fake wedding so called akan nikah…ur story ur statement doesnt make sense at all…nadia is just 19 wat she really understand in marriage???maybe she looks matuared from her actual age but actualy she’s not..she cant think like an adult she just blindly accept…a college dropped out it must be somehtng wrong somewhere…to cover up thier ass they start blaming ppl..they wont accept any advice…start deleting ppl who r not agree with him…funny guy..stop it so that u wont look dumb anymore by making up stupid story line..kiddies story..but kids also wont accept this lies…be a MAN not a CONman..ppl now are more wiser…malaysian r not stupid..