Gempak! Program Realiti Terbaru…Tunggu Kemunculannya!
Posted on November 5, 2009
Filed Under [G] Malaywood
Sekarang sedang hangat berlangsung sebuah program realiti yang menjanjikan kegegaran yang tidak pernah anda saksikan sebelum ini. Ia adalah sebuah rancangan realiti online yang menyaksikan 10 pasangan terpilih diuji, diterjah dan dipaksa beraksi gempar di khalayak ramai demi hadiah yang bernilai RM150,000. Berbeza dengan rancangan realiti yang lain, rancangan ini lebih menjurus ke arah merealisasikan impian 3 pasangan pengantin untuk sebuah majlis perkahwinan mengikut konsep perkahwinan yang mereka idamkan. Sama ada konsep kayangan, kampung atau moden. Apa yang difokuskan oleh rancangan ini aksi romantis pasangan, pengorbanan terhadap pasangan dan rintangan. Saksikan tangisan kesedihan dan kegembiraan 10 pasangan yang layak ke peringkat akhir yang akan berhempas pulas demi mencapai impian perkahwinan yang akan ditaja oleh 10 penaja-penaja hebat yang terdiri daripada Orked Art and Decoration, Mastar Catering, syokkahwin.com, MAEPS Management Sdn. Bhd., Picture Elements, Kampung Pengantin, jurusolek Afidah Khamis, T&T Boutique, Rumah Acara dan CJ Print. Anda juga boleh turut terlibat secara langsung dalam program realiti ini dengan mencadangkan idea-idea kelakar, menarik dan mantap untuk menguji pasangan-pasangan tersebut dalam tempoh ujian mereka yang akan berakhir pada hujung bulan ini. Ini program realiti anda.
ANTARA PASANGAN YANG LAYAK SEWAKTU TEMURAMAH KHAS - NURSHEILLA SAIDA ABDULLAH BERSAMA PASANGAN BELIAU
Apakah program realitinya? GERBANG CINTA MEGA UTUSAN MALAYSIA. Sila layari http://syokkahwin.com/gerbangcinta untuk maklumat lanjut. Anda juga berpeluang untuk mengundi pasangan kegemaran anda nanti! Sama-samalah kita merealisasikan impian mereka!
Other Hot Posts
All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.
Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!
6 Responses to “Gempak! Program Realiti Terbaru…Tunggu Kemunculannya!”
Leave a Reply









































enough of the dumb version of reality tv stuff. Wake up MELAYU!
monkuyine you should know the difference between reality tv shows that just entertain and the show that contributes to the realisation of a dream.
It does not lead to work distractions and it does not get ppl to think that there is an easy route to life.. It’s rather an opportunity of a life time..
it’s a simple programme but goes right deep with focused objective.
dah berlambak pun program realiti tv kat mesia ni… kebanyakannya hampeh….
Ini rancangan mencari cinta ke, mencari menantu atau nak kawen free..?kalau macam tu isilah dada kamu dengan ilmu agama secukupnya.kalau tidak sape yang malu kamu dan keluarga kamu juga.
x de keje lain nak menghabiskan duit org sms..kesannya habuk pun xde…syok sendiri je
ini lah malaysia, sia2
http://www.dapatwang.com/?id=amelyn