Apabila menyaksikan video klip berikut terasa bersemangat. Memang betul dalam segala usaha banyak cabarannya sebelum mendapatkan hasilnya..Contoh paling dekat adalah masa ambil peperiksaan SPM ..hahah..mana taknya ada halangan dan godaan seperti TV lebih-lebih lagi kalau ada cerita Baywatch yea tak? Haha..Macamana nak concentrate study Maths camtu? Asyik terbayang benda warna merah tu jea! ? Tapi bila dah besar nie, cabarannya lain pula. Dalam usaha saya ada juga yang pandang rendah dan kurang keyakinan pada diri ini. Dari segi sosial, banyak juga mengatakan saya jenis yang pendiam. Macamana nak buat bisnes kalau diam sangat? Mungkin kerana masa kecil saya jarang bergaul. Sehingga kini banyak buku-buku self-improvement yang saya baca semata-mata untuk mengubah diri ini. Slowly saya mula bertukar. Kutukan dan cemuhan itu semua adalah perkara biasa. Yang penting kita fokus pada apa yang ingin kita capai. Biar bergunung-ganang, biar lautan api, biar onak dan duri, biar jatuh berdebab macam nangka busuk berkali-kali…kalau bercinta boleh buat semua ini, takkan benda yang boleh mendatang kebaikkan diri sendiri pun tak boleh lakukan? Betul tak? Saya percaya semua boleh dicapai walau apa pun cabarannya.
Dalam video nie 5 orang anak muda seperti saya ini, ehem…Hafiz, Aril, Akim, Black dan Choo Hou Ren memang tahu erti sebenar pengorbanan untuk menjadi juara.
”Kita memang dilahirkan untuk berjaya. Kita memang semua handal dan memang juara”.
”Takdir kita, kita adalah penggubahnya!”
Bergoyang-goyang kepala saya bila tengok video ini. Yang pasti ia memang lebih hebat dari Baywatch…
Jom join rakan-rakan yang lain sudah menjadi ahli generasi H.E.B.A.T. bersama Hafiz, Aril, Akim, Black, Choo Hou Ren dan juga saya di http://apps.facebook.com/generasihebat/
Kalau yang nak pergi Disneyland Hong Kong tu jangan lupa masuk PERADUAN H.E.B.A.T. nie yang sudah saya terangkan pada post yang lepas:
http://syokkahwin.com/blog/2009/11/19/yeay%E2%80%A6nak-pergi-hong-kong-disneyland/













at 2:00 am
sungguh catchy lebih kurang cam miley cyrus punya climb laa..
at 1:12 am
n1sa9n petpnstoogyc, [url=http://mmfwcfhqkxcs.com/]mmfwcfhqkxcs[/url], [link=http://oxnsbjvdgvlz.com/]oxnsbjvdgvlz[/link], http://uxensvpqasyb.com/