Ingatkan keredupan gosip tanahair akan berterusan sehingga Ahad ini, rupanya ada juga dirt that can be dugged up. Terbaru, dilaporkan di dalam akhbar Harian Metro hari ini bahawa, ibu kepada isteri penyanyi 80-an, Shidee tidak merestui perkahwinan anaknya dengan Shidee yang sudah lebih setengah abad itu. Mana taknya, Shidee banyak kali jugak khabar kat Jamaliah yang dia ingin mengahwininya, tetiba anaknya pulak yang potong queue. Chehh..Mana tak sentap emaknya..Kata Jamaliah,

“Saya langsung tak marah atau terkilan apabila dia berkahwin dengan anak saya, malah hati saya sudah tertutup selepas mengetahui siapa sebenarnya Shidee. Dia bukan lelaki yang boleh menjadi suami yang baik. “Sebelum ini memang hubungan kami akrab, malah saya yang banyak membantu serta menyokong dia terutama dari segi kewangan. Dia juga pernah mengakui keluarga saya umpama keluarganya sendiri dan mahu menjadi ketua keluarga kami (dengan mengahwini Jamaliah). Menurutnya, dia mengenali Shidee sejak empat tahun lalu menerusi Kelab Pendengar Radio Malaysia dan pada mulanya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu dilihat mahu membimbing keluarganya.”

“Bagaimanapun, selepas perniagaan saya lingkup gara-gara tabiat judinya, saya mula rimas ditambah pula dengan hubungan ‘lain macam’ dia dengan Fairunnisa terutama selepas anak bongsu saya itu menyambut hari jadi ke-22 pada September lalu,” dakwanya. Ibu tunggal itu turut mempersoalkan bagaimana Shidee yang tidak bekerja dan sebelum ini hanya mengharapkan wang daripadanya mahu menyara keluarga.

Apalahai nak jadi nie..adakah ini bermakna semuanya sudah terlambat untuk Fairunnisa? Mari kita tatapi kata-kata dari lirik lagu Shidee ini..”Sayang Semuanya Sudah Terlambat..”. Adakah beliau menujukannya kepada Jamaliah? hehehe..

shidee-ibu-fairunnisa-jamaliah-tak-restu-kahwin

kredit gambar: harian metro


Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , , , , ,