Apa nak jadi dengan negara kita? Semakin hari terdengar kisah kanak-kanak kecil atau toddler didera dengan cara dipijak dan diterajang. Tidak cukupkah sopan santunnya orang kita? Kalau begini, perlakuan tidak boleh dijadikan tarikan utama ke negara ini. Rakyat ada yang dah jadi sungguh brutal dan kejam. Kali ini, anak Eja pulok yang jadi mangsa. Dipanggil pembantu rumah sewel di dalam Harian Metro hari ini, pembantu rumah warga Indonesia terbabit didakwa sering berkelakuan aneh apabila gemar menoreh perabot dan perkakas dalam rumah Eja dengan menggunakan pisau dipercayai akibat masalah jiwa kronik yang dihadapinya. Sebanyak RM6,200 yang telah dibayar oleh Eja dan umur amah sewel tersebut yang dinyatakan sebagai 29 tahun di pasportnya juga meragukan.

Lebih membimbangkan saya apabila bayi kami, Nur Eishal, enam bulan, pernah berdarah pada bibir dan luka di tangan tanpa diketahui punca,” katanya.
Eja berkata, selepas tiga bulan bekerja di rumahnya, amah terbabit akhirnya lesap begitu saja apabila dia melarikan diri dengan membawa beg plastik berisi pakaian, dua minggu lalu.

Bagi saya kalau sibuk nak menoreh baik sahaja duduk di kampung. Banyak pokok getah yang menunggu..huhu. Sungguh mengerikan kejadian ini.. Adakah kita sanggup menerima seseorang yang musykil latar belakangnya?

Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , , ,