Selepas Abang Din Beramboi, kini Achik Spin pula telah pergi ke rahmatullah. Al-fatihah. Begitu tragis sekali pemergian Achik Spin yang terbabit dalam kemalangan jalanraya ngeri yang menyebabkan MPV Toyota Estima beliau terbakar. Kejadian berlaku di lebuhraya Kajang. Kita saksikan klipnya. Tuhan lebih menyayangimu.

SEREMBAN: “Achik bersungguh-sungguh mahu berpindah di sebelah rumah ibu saya dan saya tidak menyangka ia petanda yang dia akan ‘pergi’ dan mahu saya sentiasa dekat dengan ibu apabila dia tiada,” kata isteri bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Abdillah Murad Md Shaari, 28, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), dekat sini, kelmarin.

Isterinya, H M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata mereka berpindah masuk ke rumah teres satu tingkat yang berkembar dengan rumah ibunya di Taman Desa Ros, di sini, minggu lalu. (hmetro)

KEMALANGAN ACHIK SPIN

IMBAS SEKALI LAGI, PALING COMEL, ACHIK SPIN DAN NANA

Tags: , , , , , ,