Di antara persiapan atau persediaan perkahwinan yang wajib dilakukan oleh bakal pengantin semua adalah UJIAN HIV. Sebut sahaja Ujian HIV, banyak yang terketar..Tak tahulah sebab takut nak kena cucuk jarum kah atau pernah terlibat dalam rombongan Pak Mat ke Bangkok! :)   Tempoh masa ujian tidak lama, kurang daripada sejam. Bila nampak nurse yang cun, ambik masa dua jam pun tak pe..heheh.. Selepas keputusan ujian diketahui, biasanya anda akan bertemu dengan seorang doktor yang akan memberikan sedikit ceramah mengenai cara-cara hidup yang sihat selain beliau juga akan menandatangani surat UJIAN SARINGAN HIV anda tue. Sekarang nie, seluruh negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak tidak perlu buat UJIAN SARINGAN HIV ini. Berikut adalah prosedur membuat UJIAN SARINGAN HIV.

BORANG UJIAN SARINGAN HIV

  1. Boleh dapatkan borang ujian saringan HIV ini di Jabatan Agama Islam berhampiran anda. Borang in ada “genuine seal”  (macam tiket bola) untuk mengelakkan Pejabat Agama ditipu.
  2. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV. Perlu diketahui bahawa bayaran yang dikenakan kadang-kala adalah berbeza mengikut negeri.
  3. Setelah melengkapkan Borang Ujian Saringan HIV, bawalah borang tersebut ke klinik. Perlu diingatkan bahawa hanya Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja yang boleh membuat dan mengesahkan Ujian HIV anda ini. Klinik private? Tak laku! Juga pastikan anda menelefon klinik-klinik ini dahulu sebelum pergi kerana ada sesetengahnya yang  mengkhaskan hanya waktu-waktu tertentu sahaja di mana ujian ini dijalankan. Sekiranya anda datang pada waktu atau hari yang salah,  maka meloponglah anda dan penat untuk datang dua-tiga kali. Ada juga yang boleh walk-in jek.. Oleh itu telefonlah dulu ya..Di sini kami ada sediakan senarai klinik kesihatan kerajaan serta nombor telefonnya bagi memudahkan anda. Klik sini untuk download.

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

  1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
  2. Jika keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh relax, cool dan teruskan saja proses permohonan berkahwin anda tue! Nak bunting pelamin pun takpe..hehe..
  3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian seterusnya bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu. Masa nak menunggu nie yang suspen betul..
  4. Keputusan ujian HIV akan dimasukkan ke dalam borang bertanda SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
  5. Jika anda disahkan pembawa HIV, jangan risau, anda masih boleh lagi berkahwin. Tiada undang-undang yang melarangnya. Cinta buta anda, lautan berapi pun tidak berjaya menegahnya, inikan pula Pak Kadhi senontol..hehe.. Cuma anda dan pasangan akan diberikan khidmat nasihat tentang risiko meneruskan perkahwinan.

Ujian HIV ini laku dalam masa 6 bulan.

Tags: , , , , , , , , , , , ,