PELAMIN INDAH NAS GREAT IDEA - KLIK SINI


Promosi Kerja Kahwin 2010 : Syokkahwin.com

Promosi Kerja Kahwin 2010

Posted on July 26, 2010
Filed Under [SKW] Promosi Kahwin, [SKW] Promosi Pakej Kahwin

Sekarang sedang berlangsung Promosi Kerja Kahwin 2010 anjuran Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay (berhampiran Hotel Royal Chulan). Promosi Kerja Kahwin 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan satu-satunya promosi kraf yang mengetengahkan penghasilan hadiah dan cenderamata, hiasan dalaman, aksesori dan perhiasan diri, tekstil kraf Malaysia (batik, tenun & songket) serta kelengkapan kegunaan rumah dan persiapan khusus bagi majlis perkahwinan. Turut dijemput perancang perkahwinan yang akan menampilkan penggunaan produk kraf tempatan dalam dekorasi majlis, hiasan pelamin, gubahan hantaran, pembungkusan hadiah, pakaian pengantin, bunga hiasan, pakej video dan fotografi, kad jemputan perkahwinan, kek dan manisan perkahwinan serta perkhidmatan makanan (catering).

Pameran pelamin perkahwinan Malaysia akan turut diadakan bagi memaparkan hiasan pelamin tradisional dan kontemporari pengantin Melayu, Baba & Nyonya, India, etnik Orang Asli serta etnik Sabah dan Sarawak untuk tatapan pelancong dalam dan luar negara. Penampilan khas produk kraf logam yang diberi nafas baru turut dipersembahkan dalam Pameran Seni Kraf Logam dalam Perkahwinan Malaysia bagi mengembalikan kegemilangan penggunannya di dalam persiapan majlis perkahwinan. Aktiviti rewang pengantin turut diadakan semasa Promosi Kerja Kahwin dengan penglibatan bersama Komuniti Bistari bagi memasak hidangan perkahwinan mengikut latar belakang komuniti negeri masing-masing. Aktiviti ini akan berlangsung pada setiap hujung minggu. Selain itu, fesyen pakaian perkahwinan Malaysia menggunakan tekstil kraf tempatan turut akan diperagakan. Aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran, jualan kraf dan perkhidmatan perkahwinan, demonstrasi kraf dan masakan pengantin, interaktif kraf perkahwinan, pertandingan serta persembahan irama perkahwinan Malaysia. Promosi ini akan berakhir pada 2 Ogos 2010.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun risalahnya di SINI.

Other Hot Posts


SHARETHIS


FREE-ADVERTISEMENT

All comments are the 100% responsibilities of the commenters. In case of any doubt, kindly refer to DISCLAIMER.





Baca sahaja? Luahkan pendapat anda supaya mereka dengar!!

Leave a Reply




  • Be Our Fans!

    FACEBOOK-LOGO
  • Tema Perkahwinan

    TEMA-BIRU-PERKAHWINAN
  • Celeb Poses

    DIANA-DANIELLE-GALLERY DRSHEIKH LISA-SURIHANI-BANNER
  • Regional Gossipz

  • Panas!!!

  • Pasti Meletop!!


  • Syokkahwin.com is managed by Creative Colours Asia (001939881-W)
  • Jumlah Tengah Syok!!

  • Syok Mengomen!

Syokkahwin.com is managed by Creative Colours Asia (001939881-W)