Sifat kagum muncul dalam diri saya apabila melihat kebijaksanaan dan kepetahan adik Adiputra berbicara. Apa yang dituturkan amat membuka mata dan kadang-kadang memberikan inspirasi di dalam diri saya ini. Adik Adiputra Abdul Ghani telah mengejutkan ramai pihak kerana kemampuan menyelesaikan masalah matematik yang agak susah dalam waktu beberapa saat sahaja. Bukan itu sahaja, beliau telah berani memberikan ucapan dan ceramah dalam usia yang semuda itu kepada lebih dari 100 orang dewasa yang rata-ratanya jauh taraf pendidikannya. Terdetik hati saya, jika saya mempunyai anak segenius ini, alangkah cerah masa depannya..Terfikir-fikir di dalam hati saya, apakah jalannya dan rahsia ibubapa adik Adiputra dalam mendidik anak mereka? Adakah takdir atau asuhan yang diberikan? Baru-baru ini saya ada terbaca kata-kata hikmat dari Datuk Dr. Fadzillah Kamsah yang menyebut:
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”
Wah, jika begini saya masih mempunyai peluang menjadikan anak saya seorang yang bijak pandai, jika tak sampai Adiputra pun cukuplah beliau menjadi seorang yang disegani kerana ilmunya dan kerana jasanya terhadap masyarakat. Saya pun melakukan penyiasatan ala James Bond saya untuk mendalami teknik mendidik anak ini. Saya ketemuan dengan teknik Shichida Method dan juga Tweedlewink. Apa yang saya pelajari cukup bermakna untuk saya praktikkan dengan anak saya. Ibubapa yang mempunyai anak genius dikatakan melakukan teknik-teknik berikut sewaktu bersama anak-anak mereka:
- Ibu-ibu mengandung sering menyanyi dan bermain piano.Si bapa pula akan membeli buku matematik untuk di selesaikan bersama si ibu tadi. Tujuannya untuk meransang otak janin supaya menjadi genius.
- Dari kecil lagi anak-anak di ajar makan kacang badam dan korma bersama susu. Zat besi dan kalsium dalam kurma menggalakan pertambahan susu ibu . Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi mereka.
- Jangan sekali makan kepala ikan tetapi makan dagingnya sahaja sebab isi daging ikan baik untuk perkembangan otak. Kepala ikan pula mengandungi bahan kimia yang merencatkan perkembangan otak sejak dari kandungan. Adik Nik Nur Madihah pun berjaya dalam SPM lepas kerana banyak makan ikan yang ditangkap oleh bapanya yang merupakan seorang nelayan. Adakah ini suatu coincidence? Zat Omega-3 yang mengandungi banyak DHA yang sering terkandung di dalam ikan kini boleh didapati di farmasi di dalam bentuk kapsul.
ADIK ADIPUTRA
HAFAZ AL-QURAN PADA USIA 4 TAHUN
BERCERAMAH AGAMA PADA USIA 5 TAHUN
MUHD FARID BERPIDATO
Tidak mustahil jika anak kita jadi sebijak ini..Rahsia mendidik anak ini akan dapat anda ketahui dengan lebih lanjut di dalam sebuah ebook yang diusahakan oleh sepasang suami isteri. Pujuk punya pujuk akhirnya Kak Zalina dan Suami telah mendedahkan rahsia mereka. Bayangkan pengalaman bertahun-tahun dan juga hasil kajian mereka dari kaedah sarjana barat dan Islam yang sebelum ini disimpan kemas oleh mereka telah didedahkan di dalam ebook ini. Tidak pernah saya terfikir pula saya ada orang yang sebaik mereka di dunia ini. Apa yang mereka dedahkan adalah untuk waktu yang terhad sahaja. Selepas habis tempohnya, saya tak fikir mereka akan dedahkan lagi. Mana taknya, persaingan di kalangan anak-anak di Malaysia ini amat sengit. Ebook ini boleh memberikan kelebihan kepada anda sebagai seorang ibu dan seorang bapa. Jika anda ikhlas dan sedar akan kepentingan pendidikan awal kepada anak-anak anda, KLIK DI SINI.














Komen Terkini