Pada 31 Julai hingga 1 Ogos lalu telah diadakan majlis Reunion, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Selepas 14 tahun meninggalkan alam persekolahan pada tahun 1996, Siti kembali bersatu dengan guru-guru dan rakan-rakan lama termasuk penuntut terawal di SMKC pada era 50-an iaitu Kassim Nikmat, 84 tahun yang bersekolah di SMKC pada tahun 1949. Pada zaman persekolahan lagi, Siti memang aktif bermain bola jaring dengan menyandang posisi Goal Attack (GA). Jadi, hari itu Siti menunjukkan bakatnya dengan menjaringkan beberapa gol mengalahkan pelajar SMKC 5 berbalas 2.Dalam pelbagai acara yang disediakan oleh penganjur, Siti tidak ketinggalan mengambil bahagian termasuklah menari poco-poco. Malah SMKC memberi penghargaan kepada penyanyi ini untuk menanam sepohon pokok di halaman sekolah itu yang dinamakan Pokok Siti Nurhaliza.
DATUK SITI NURHALIZA BERSAMA CIKGUNYA
[SPYCAMERA ARIEL PETERPAN? KLIK SINI]

















at 5:46 am
Aloha! ffh
at 5:34 am
Your blog is so informative,keep up the good work!!!!