Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74 selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lebanon berusia 28 tahun pada majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya di sini, malam tadi. Tahniah kami ucapkan. Perkahwinan itu telah menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri beliau, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu. Beliau yang berkahwin dengan Allahyarhamah pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu. Di manakah mereka akan honeymoon nanti agaknya? Diharapkan Tan Sri semakin sihat dan bahagia dengan isteri baru..

gadis-lubnan2

isteri Ketua Menteri Sarawak wanita Lubnan

Tags: