Khabarnya pelakon hensem Ashraf Muslim telah menjadi pengamal perubatan Islam secara sepenuh masa. Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini. Ramai juga yang datang di rumah perubatan ini. Sesiapa yang berminat bolehlah melawat laman web Syifa’ Al-Hidayah di sini.

Menerusi temubual dengan Sisipan Hip Berita Harian,

“Saya masih orang yang sama. Cuma kini saya lebih menjaga percakapan. Memang saya akui saya kurang bercakap dan tidak lagi ligat seperti dulu. Sejak terbabit dengan ilmu perubatan ini, maruah diri juga perlu saya jaga dengan lebih baik lagi. “Pemikiran dan wawasan saya juga berbeza, tidak lagi seperti dulu. Kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup. Dulu fokus saya hanya pada kerja, tetapi sekarang saya perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat,” kata Ashraf. Sejak bergelar pengamal perubatan alternatif cara Islam, Ashraf menemui ketenangan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya penderita kanser. Malah, masanya kini dibahagi dua antara kerjaya seni dan tugasnya sebagai pengamal perubatan alternatif.  “Biasanya selepas penggambaran, saya akan bergegas ke Gombak untuk membantu Haji Lokman (pemilik pusat rawatan berkenaan). Di situ memang hanya kami saja yang mengubat orang, sebab itu jika sesiapa yang berhasrat untuk berubat perlu membuat temu janji terlebih dulu.

ashraf-muslim-pengamal-perubatan-islam

All the best bro!

Tags: ,