Alhamdulillah.. sejuk hati FayZ bila dengar Fazura akan bertudung. Semua ini gara-gara pengaruh drama Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima di mana beliau dikehendaki memakai fesyen gadis bertudung. Memang ayu dan berseri bila beliau bertudung.. sopan dan menarik..silap2 Salih Yaacob pun nak ambik sebagai isteri..oops dah cukup kuota..
Apabila memakai jubah dan purdah semasa di Jordan untuk beberapa babak dalam Tahajjud Cinta, saya berasa sangat selesa walaupun pada hakikatnya cuaca di sana tidak seperti di Malaysia. Pada mulanya agak janggal juga mengenakan pakaian Muslimah itu, namun semua itu dapat diatasi dengan bantuan pengarah dan rakan lain dan tiada sebarang masalah sepanjang tempoh penggambaran. Mungkin itu hikmahnya, untuk saya bertudung selepas ini walaupun hanya ringkas saja. Insya-Allah
BARISAN PELAKON TAHAJJUD CINTA
TAHAJJUD CINTA PROMO
Drama 13 episode ini hasil terbitan dari syarikat produksi Rumah Karya Citra telah mula ditayangkan pada 8 Julai lalu dan akan ke udara pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3. Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak mereka.

















Comments are closed