Citer Melayu sekarang banyak pulak yang genre superheronya. Kalau dulu citer hantu, mungkin sekarang zaman superhero pula. Kita dah ada Cicak Man, Kluang Man dan kini Super Mak.. Mak yang seksi, power tapi lembut dalam menjaga anak2. Supermak ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Amy Salim ( Nasha Aziz) yg jugak surirumah sepenuh masa ada kuasa dan kekuatan luar biasa (ada iras-iras citer Not Ordinary Family). Amy Salim rupanya mempunyai kuasa tersebut dari warisan nenek moyangnya berketurunan dari Riau. Woosh.. alangkah bagus kalau nenek ku ada super power.. alaa bukan superpower untuk gigi tumbuh balik lepas patah, tapi super power untuk zas orang. Hahaha..

Neneknya yang bernama Thani dulu pernah selamatkan burung garuda yg terkena panah dan cedera. Panah tu pulak dari kayu yang susah dicari. Setelah Thani selamatkan burung tu, tetiba ia bertukar jadi seorang wanita jelita. Wanita tu telah memberi 5 kuasa sakti kepada Thani kerana nak balas jasa Thani. Kini kuasa tu diwarisi oleh Amy Salim.

Amy sudah berkahwin dan suaminya seorang polis, mereka hidup bahagia dan ada 2 orang anak iaitu Ayesha dan Amril.
Kebahagiaan mereka akhirnya diganggu oleh musuh tradisi nenek moyang Amy iaitu muncul lah Bashar ( Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur yang mula mengganggu ketenteraman awam. Bashar ni ditakuti oleh semua orang sebab ada kuasa api yg kuat.

Ada banyak lagi watak-watak yang mempunyai kuasa sakti dalam cerita ini.. contohnya Camelia yg ada kuasa ais, salah seorang pewaris dari nenek moyang Amy yang nak berebut pingat yang telah retak pada zaman lampau. Camelia dan Bashar telah bersatu untuk berlawan dgn Amy. Tapi tak tau pulak dorang nie dapat power dari mana.. Mungkin dari Tok diorang pulak kot..huhu..

FayZ percaya drama nie akan mendapat sambutan dari kanak-kanak dan juga orang dewasa.. dan mungkin boleh muncul siri komik dan baju pulak nanti.. Tahniah TV3. Saham Media Prima sekarang baru RM2.84. Mungkin boleh beli kot..hehe..

Supermak-tv3

Jangan lupa tengok Super Mak esok, pukul 9 malam..

Tags: ,