Kecoh dulu pasal Misha Omar dah kahwin.. kawan FayZ yang kelate pun kata beliau dah kahwin… hhmmhh tup tup keluar berita yang MISHA OMAR akan berkahwin dengan seorang jejala yang bernama FIROS, seorang flight officer MAS. Petik akhbar Kosmo, “ Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka. Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).”

Sememangnya, Firos adalah seorang penunggu yang setia..

“Siapa kata saya setuju dia nak kahwin orang lain?” soal Firos sambil ketawa.

Dia kemudian menyambung: “Memang masa dia telefon cakap nak kahwin dengan seseorang, saya ucap tahniah, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Saya jerit dalam hati – please no, please don’t! Tapi ia tak terkeluar dan syukur memang dia tak jadi kahwin dengan orang lain tetapi Insya-Allah akan menjadi isteri saya.”

Tambah Firos lagi, sejak pertama kali berkenalan dengan Misha, dia yakin bahawa Misha ialah jodohnya dunia akhirat. Kerana itu dia tidak mahu berganjak daripada menjadi pemuja setia wanita itu dan ternyata impian untuk menikahi Misha hampir terlaksana.

“Keputusan kami untuk hidup bersama adalah tanpa perjanjian kemewahan dunia, namun ia adalah persefahaman untuk menuju syurga bersama dengan seadanya,” kata Misha.

Biar sedang mekar meniti tangga bahagia, kerjaya yang ada tetap berjalan lancar. Setelah sekian lama tidak muncul dengan single, kini Misha akan kembali dengan single baharu berjudul Angin Syurga hasil karya Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Budhhi Hikayat.

Begitulah tuan-tuan dan puan-puan.. cinta memang banyak ranjaunya.. lebih-lebih lagi kepada lelaki bernama Firos.. mesti pernah frust tertonggeng terbalik..dah tegak terbalik lagi..huhu.. macam eye of Malaysia stylenya..huhu.. tetapi dapat juga wanita yang dipujai dihati sebagai isteri.. Semoga bahagia dengan cinta sejati.. Tahniah..


Blog Widget by LinkWithin

Tags: , , ,