Tahniah kepada pasangan Ekin & Mawi kerana baru sahaja mendapat bayi.   Dah lama tak dengar tetiba dah dapat baby..Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa. Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama. Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin. Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu. Alhamdulillah, kali ini menjadi..

Tags: , , , , , ,