Bekas jaguh bina badan negara DATUK MALEK NOORtelah selamat berkahwin dengan pilihan hati,  Dr Wan Asma Wan Ismail dengan sekali lafaz sahaja. Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih offwhite. Hanya senaskhah Al-Quran dijadikan sebagai hantaran. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada malam Isnin. Tahniah kepada mereka berdua

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur. “Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya. [via mstar.com.my]

Tags: , ,