Kisah ini adalah satu kisah benar yang dipetik dari akhbar tabloid Malaysia.. Harian Metro.. Sila baca dengan penuh tekun dan pengamatan.. SAYA berumur 29 tahun. Masalah saya ialah dada saya seperti payudara perempuan. Kadangkala saya malu berdepan orang ramai dan ia merunsingkan saya. Apakah rawatan untuk masalah saya, sama ada ubat atau dibedah?
SEKADAR GAMBAR HIASAN
AMIR
Sarawak
Perkara yang anda alami dikenali sebagai ‘gynecomastia’. Ini mungkin petanda masalah kesihatan dan perlu dirujuk kepada doktor. Jika pemeriksaan dilakukan doktor mendapati anda tiada masalah hormon, iaitu tiada kekurangan hormon testosteron(hipogonadisme) atau tiada masalah kebakaan (Sindrom Kleinfelter), masalah anda mungkin perkara semula jadi. Anda boleh cuba menguruskan berat badan jika obes, sekali gus membina badan dan otot dada supaya ‘buah dada’ tidak kelihatan timbul.
Anda juga boleh membendung dada supaya ia dapat dileperkan. Jika semua itu gagal, anda boleh menjalani pembedahan untuk membuang lemak buah dada supaya kelihatan sesuai dengan jantina anda. Anda perlu tahu yang buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan, terutama di bahagian tompok coklat dan puting. Bagaimanapun, melakukan pembedahan buah dada boleh merosakkan tisu sensitif apabila urat saraf terpotong.












at 6:53 pm
Buat apelah nak runsing2..patutnye berbangga! Sebab buah dada anda mungkin lebih besar, lebih menarik dan lebih pejal dari pmpuan2 kat luar tu. Dari nak makan hati dapat bini buah kecik, baik main buah sendiri. Dengan adanye lelaki berbuah dada, sales coli mesti naik…yahooo..