Dalam keadaan yang gembira selepas Mercedes AMG PETRONAS memenangi F1 Grand Prix di China.. Aishah terima khabar gembira lagi mengenai aktres/model popular yang baru-baru ini telah berhijrah selepas pulang dari Umrah yang pagi tadi telah bernikah dengan Carleed Khaza.

Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. NATASHA HUDSON telah bercinta dengan Carleed selama dua tahun lamanya.

Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya. ”Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya. ”Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi,” ujarnya. Mereka akan berbulan madu ke Istanbul, Turkey.

gambar-natasha-hudson-carleed-khaza-kahwin

p/s: Laman utama Syokkahwin.com sudah berwajah baru.. silalah berkunjung ke http://www.syokkahwin.com

Tags: , , , , , , ,