Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran. Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.  Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 4.

Tentunya ramai rakyat Malaysia dan Brunei ingin menatapi wajah beliau sejak sekian lamanya..

Berita via mstar.com.my

Berita Terkini Azrinaz Mazhar Hakim

Tags: , ,