Alhamdulillah..semuanya berakhir dengan kebaikan.. Abby & Memey sudah berpelukan. Kami semua tumpang gembira. Memang susah nak berbaik.. bila terkenangkan kisah lalu.. agak tertusuk juga.. tapi peristiwa sudah lama berlalu. Memey juga sudah mengandung 2 bulan. Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna bagi NORMAN HAKIM apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini. Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.
“Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.
“Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.
“Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis. ”Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit ‘yeay! Mummy dan mama dah baik!”. Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini”.
ABBY ABADI BERSAMA MEMEY SUHAIZA DAN CIK ABANG NORMAN HAKIM.. DENGAN TUDUNG YANG DIHADIAHKAN KEPADA MEMEY..
“Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ‘ ini rahsia perempuan’.
“Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.
Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.
“Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu. ”Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tuturnya.
[petikan dari mstar.com.my]
“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya.













Comments are closed