Aktor kontroversi, Shahrizal Jaszle, 24, mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Redzwani Puteri, 24, selepas sambutan hari raya Aidilfitri. Dikatakan ingin bertunang pada 15 Julai dahulu tetapi majlis telah ditangguhkan.. Perghhh… diharapkan selepas ini hilanglah kisah gosip beliau dengan cerita cinta di set drama. “Saya sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Puteri memandangkan kedua-dua belah keluarga telah merestui hubungan kami. “Insya-Allah jika tiada aral melintang sebelum hujung tahun ini, sekarang saya tengah bekerja keras demi persiapan majlis itu.

“Pada mulanya kami merancang untuk berkahwin pada tahun ini tapi keluarganya mahu saya mengikut adat dan peringkat sebelum ke gerbang perkahwinan memandangkan dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya,” cerita Shahrizal yang ditemui ketika majlis berbuka puasa TV9 dan Hot FM di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini oleh pihak akhbar Kosmo.

Majlis merisik telah selamat diadakan pada pertengahan Julai lalu yang hanya dihadiri keluarga terdekat. Tambah Shahrizal, dia juga kini bersedia untuk memikul beban hidup berumah tangga. Hepp.. Beban ke tanggungjawab? Kenapa tanggungjawab itu dianggap sebagai beban bang oiiii…

“Sudah sampai seru untuk saya berkahwin. Yang sebenarnya saya tidak pernah merancang pun, malah hubungan yang terjalin antara kami sebenarnya telah lama kerana dia kawan baik saya. Setahun mengenalinya dan kami tidak pernah bercinta. “Dia tahu semua kisah mengenai saya sama ada yang baik mahupun buruk. Dia tahu saya bukan seorang kaki perempuan dan saya tidak sorok apa-apa daripadanya,” ujarnya mengenai prinsip kejujuran.

Redzwani Puteri merupakan penuntut tahun akhir ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Gadis itu pernah dikaitkan sebagai punca perpisahan Shahrizal dan pelakon sensasi Miera Liyana. Semoga kita doakan yang baik-baik untuk mereka berdua ini… Terima kasih juga kepada pihak kosmo.com.my yang membawakan berita hebat ini…

WOWOO.. CANTIKNYA ..GEMPAKK.. TEMA PERKAHWINAN PINK SILVER – KLIK SINI

redzwani-puteri-shah-jaszle-majlis-tunang-kahwin

WOWOO.. CANTIKNYA ..GEMPAKK.. TEMA PERKAHWINAN PINK SILVER – KLIK SINI

Tags: , , , , ,