Duit jika tidak dibiarkan bercambah akan berterusan menjadi kurang! Yup.. Untuk memastikan duit anda membiak dan bercambah, tumbuh dan tumbuh lagi anda perlulah tahu cara-cara untuk melaburkan duit anda. Berita-berita mengenai pelaburan sesat EMAS Genneva baru-baru ini amat mengecewakan kerana ia menunjukkan masih ramai lagi yang kurang arif mengenai hukum pelaburan.

Untuk anda duit untuk melabur, anda perlulah menyimpan. Duit untuk menyimpan akan ada jika anda pandai merancang perbelanjaan anda. Ukur baju dengan badan sendiri. Belanja apa yang mampu sahaja. Buat bajet secara berhemat. Secara tak langsung, akan ada lebihan setiap bulan itu nanti. Kalau tak RM500 sebulan, RM200 tentu pasti! Simpan untuk melabur bukan simpan kerana nak pergi holiday di Europe atau beli smartphone! Put your money to work first, then later spend what it makes. Jika simpan RM200 sebulan, bila sampai hujung tahun dapat jugak RM2,400! Jika masukkan duit ini di dalam ASB, dapat jugak dividen dalam lingkungan RM180 – RM200.. Biar bersusah-susah dahulu untuk bersenang-senang kemudian. Practice delayed gratification in order to enjoy more later.

MELELEH TAK TENGOK KERETA TERBARU BMW F30 3 SERIES NIE?

Dengan teknik pelaburan yang baik, tidak mustahil kereta ini akan berada di dalam genggaman anda satu hari nanti!!

Salah satu peluang pelaburan adalah melalui hartanah. Kebijaksanaan orang sekarang membolehkan pelaburan hartanah dimulakan tanpa MODAL!! Jika anda tak percaya, anda boleh membaca artikel PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL di sini.

Yang selalu ditekankan mengenai PELABURAN HARTANAH  ini ialah anda kena bermula seawal boleh. Jika tidak banyak lokasi menarik sudah di ambil, harga rumah juga makin lama makin mahal. Oleh itu saya amat sarankan jika anda menghabiskan sedikit masa membaca artikel PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL  ini.