Sudah sah, pemain bolasepak  berbakat negara, SAFEE SALI telah menyertai pasukan Harimau Selatan, Johor. Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu. Pasukan Johor buat ketika ini telah diperkuatkan dengan barisan bintang seperti Safiq Rahim, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), Azmi Muslim, dan juga bekas pemain negara Sepanyol, David Guiza dan bekas pemain sayap Lazio,  Simone Del Nero. Diharapkan dengan kombinasi pemain-pemain hebat ini, skuad Johor akan menyengat pada tahun hadapan dalam Liga Super Malaysia. Safee akan menyertai Johor selama 1 tahun.

safee-sali sertai Malaysia

Tags: , ,