Alhamdulillah, satu lagi selebriti kita yang telah menerima hidayah. Tahun 2013 telah membuka lembaran baru kepada AZZA. Di akhbar mstar online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:-

Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.

“Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

“Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga,” tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

Semoga rezeki Azza akan terus bertambah lagi berkat penghijrahan ini. Datuk Siti Nurhaliza juga telah bertudung penuh baru-baru ini.

Azza Elite Bertudung

Azza Elite Bertudung

Tags: , , ,