Semalam adalah persembahan terakhir oleh dua jaguh import pasukan bolasepak JOHOR DARUL TAKZIM (JDT), Daniel Guiza dan Simone Del Nero. Kontrak Daniel Guiza telah ditamatkan kerana ketidakbolehan beliau untuk beraksi bersama pasukan JOHOR DT pada peringkat Piala Malaysia kerana kontrak pinjaman beliau dari pasukan Getafe hanya sampai ke bulan Ogos. Manakala Simone del Nero pula sering dihujani masalah kecederaan dan tidak dapat bermain 100%. Selepas kehilangan mereka, desas-desus ada mengatakan pasukan Harimau Selatan itu bakal mengikat kontrak dengan Milan Baros, bekas pemain bolasepak Liverpool atau David Trezeguet, bekas Pemain Piala Dunia Perancis. Satu sumber yang dipercayai mengatakan bahawa semua ini akan diketahui dalam beberapa hari lagi apabila tingkap perpindahan pemain Liga Malaysia dibuka esok.

David Trezeguet sekarang ini sedang bermain dengan pasukan River Plate.

David Trezeguet Main Untuk Johor Darul Takzim

DAVID TREZEGUET, BAKAL UNTUK BERMAIN UNTUK PASUKAN BOLASEPAK  JOHOR DARUL TAKZIM DI LIGA SUPER MALAYSIA?

Tags: , , , , , , ,