« »

Beli Tuam/Tungku Bayi Secara Online

Bila datang kelahiran bayi, masyarakat Melayu secara tradisinya akan menggunakan TUAM atau TUNGKU untuk mengatasi masalah kembung perut ibu yang baru lepas bersalin dan juga merawat masalah angin pasang anak yang masih kecil. Ada juga ahli masyarakat Melayu yang menggunakan TUAM bagi mengatasi masalah kembung perut bayi atau colic. Di zaman moden ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjadi tuam atau tungku bayi. Ada yang menggunakan seterika untuk mengambil haba panas darinya. Caranya adalah dengan mensterika kain lampin atau bantal yang kemudiannya dilekapkan ke atas perut bayi atau perut ibu bagi menghilangkan angin. Haba panasnya cepat hilang, oleh itu proses pensterikaan akan berlaku berulang kali. Tidak kurang juga yang menggunaka hot water bottle. Dalam cara ini, air panas akan dimasukkan ke dalam hot water bottle tersebut. Disebabkan terlalu panas, hot water bottle tersebut akan dilapik dengan kain lain agar suhu yang sesuai dengan bayi didapati. Hot water bottle boleh didapati di pasaraya Carrefour, TESCO atau farmasi Guardian.

Ada juga tuam bayi yang mengandungi jintan hitam dan habbatus sauda yang sememangnya panas..

TUAM BAYI DARI MYPERMATAHATI

Jika anda keseorangan dan malas nak buat sendiri tuam bayi anda, anda boleh membelinya secara online di beberapa laman yang sedia ada:

Selamat Berpantang!

Blog Widget by LinkWithin

Filed Under: Selepas Bersalin

Tags:

About the Author: FayZ adalah merupakan penulis buku popular perkahwinan "Rahsia Selebriti Berkahwin Pada Bajet RM 25,000" terbitan Truewealth Sdn. Bhd. Dapatkan ebook terbaru mengenai Perancangan Perkahwinan dari FayZ di http://www.impianpengantin.com

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. fayz says:

    Sewaktu berpantang kita bukan saja menjaga diri kita sendiri malah bayi kita juga. Jika kita lalai merawat bayi yang baru lahir, mereka akan mula meragam. Kita juga yang susah!.

    Masalah bayi meragam kebiasaanya kerana kembung perut dan bayi akan mula merengek minta di belai. Apa kata setiap kali selesai memandikan bayi anda , demah bayi anda dengan tuam. Cara bertuam pun terpulang kepada anda untuk memilih yang paling praktikal.

    Cara pertama menggunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).

    Cara ke dua adalah dengan menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti iktan sup bunjut adabi)..he…he mesti ada yang ketawa .Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.

    Selain itu setiap kali selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.JIka anda rajin melakukannya, insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.

    Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih selesa.

    Saya lebih suka mendukung bayi saya ( dulu la..sekarang dah besar, yang paling kecil pun dah 3 tahun lebih ) dan menepuk-nepuk perlahan-lahan dan mengurut bahagian belakangnya. Atau anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.

    Bayi kita akan tidur lena jika tidak mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.

    Cubalah!

    Kak Rahimah

Leave a Reply